Advertise here

Mulut berbau? Tidak lagi

Posted by wanjModernist | 5:03 AM | , ,

Masalah mulut berbau semasa berpuasa merupakan satu lumrah yang terjadi disebabkan oleh keadaan mulut yang cukup kering. Air liur yang dikeluarkan oleh kelenjar air liur berkurang menyebabkan mulut tidak dibasahi dengan air liur seperti hari-hari biasa.

Kemerosotan jumlah makan minum yang masuk ke mulut sekali gus merencatkan aktiviti mengunyah. Bau ini diperkuatkan lagi dengan saluran pencernaan yang kosong hingga menimbulkan bau-bauan kurang enak di dalam mulut.

Di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai halitosis atau fetor ex ore, masalah mulut berbau ini sama ada berhubung dengan tubuh secara umum (halitosis) atau berasal dari faktor-faktor yang ada di dalam rongga mulut itu sendiri (fetor ex ore).

Kajian mendapati, hampir 85 hingga 90 peratus masalah mulut berbau bersumber daripada kerosakan di rongga mulut seperti karies gigi ataupun jangkitan jaringan penyangga gigi (bagi individu yang memakai pendakap gigi atau bracers).

Di dalam rongga mulut terdapat zat yang disebut volatile sulfur compound (kompaun sulfur mudah meruap/VSCs). Zat ini mengandung hidrogen sulfida, metil mercaptan dan dimetil disulfida yang merupakan produk bakteria atau flora normal rongga mulut.

Pada orang yang menderitai halitosis, kadar VSCs di dalam mulutnya mengalami peningkatan.

Peningkatan kadar VSCs dalam mulut disebabkan oleh adanya peningkatan aktiviti bakteria anaerob yang menyebabkan bau VSCs dapat dihidu oleh hidung.

Aktiviti bakteria anaerob itu terjadi apabila rongga mulut mengandungi sedikit oksigen terutama saat mulut kering di mana aliran air liur rendah. Sisa makanan itu kemudian dihancurkan oleh kuman di dalam mulut.

Namun, bau mulut tidak hanya bersumber dari mulut. Ia juga boleh berpunca daripada hidung, jantung atau disebabkan oleh penyakit tertentu seperti kencing manis, infeksi paru-paru dan jangkitan perut atau usus.

Di kalangan kanak-kanak, bau mulut boleh berlaku kerana ada benda asing yang masuk ke hidung dan tidak dapat dikesan sehingga terjadinya pembusukan lalu menimbulkan bau.

Bau ini dikira bau mulut walaupun sumbernya adalah dari hidung.

Jangkitan kerana kanser atau radang tonsil kronik juga bisa membuat nafas tidak sedap. Penyebab lain bau mulut adalah asid perut yang tinggi misalnya pada penderita gastrik.

Bau mulut timbul kerana asid dan alkali tidak seimbang. Pada pesakit gastrik misalnya, asid perutnya meningkat. Sebaik sahaja gastrik menyerang, secara automatik tingkat keasidan mulut naik ke atas kerongkong sehingga mencetuskan bau mulut.

Bagi menyeimbangkan keasidan perut, pesakit gastrik sebaik-baiknya sering mengudap.

*Gosok gigi selepas sahur

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang