Advertise here

Lapan gempa susulan!!!tsunami

Posted by wanjModernist | 4:38 AM

gempar!!!!

Rantau Asia Tenggara terus bergegar apabila lapan lagi gempa susulan dengan kekuatan sederhana dan lemah melanda pulau Sumatera hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), sehingga pukul 10 malam ini empat gempa berukuran sederhana berlaku hari ini. Ia dikesan berlaku di barat daya Siberut pada 2.27 pagi, tenggara Padang (9.15 pagi), barat laut Bengkulu (5.10 petang) dan utara Bengkulu (7.37 malam) dengan masing-masing berukuran 5.0, 5.5, 5.3 dan 5.6 pada skala Richter.

Gempa kecil pula, menurut kenyataan itu, dikesan di barat laut Bengkulu pada 6.53 pagi, tenggara Siberut (7.43 pagi), barat daya Bengkulu (1.48 petang) dan di barat daya Siberut dengan masing-masing berukuran 4.8, 4.6, 4.9 dan 4.8 pada skala Richter.

Sumber JMM menyatakan gempa bumi berukuran kurang daripada 4.9 skala Richter dianggap lemah, 5.0 hingga 5.9 adalah sederhana dan 6.0 ke atas termasuk dalam kategori gempa kuat.

Sementara itu, laman web JMM menyatakan sebanyak enam gempa susulan dikesan semalam.

Pada 12 September lalu, penduduk di rantau Asia Tenggara dan Lautan Hindi digemparkan dengan gempa bumi kuat berukuran 8.4 pada skala Richter di Bengkulu, Sumatera Selatan, Indonesia kira-kira pukul 7.10 malam.

Gempa bumi yang berpusat di Kepulauan Mentawai itu menggegarkan kebanyakan negara termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand.

Sekurang-kurangnya 10 penduduk terbunuh sementara 49 lain cedera akibat gempa bumi yang menyebabkan gegaran pada bangunan tinggi di sekurang-kurangnya tiga buah negara di rantau ini.

Ekoran gempa bumi tersebut, wilayah Nusantara terus bergegar dengan JMM mengesan lapan gempa susulan dicatatkan selepas gempa bumi kuat berukuran 8.2 pada skala Richter dikesan di Bengkulu, Sumatera pada 12 September.

Pada 13 September, 31 gempa susulan dikesan dan pada 14 September JMM mengesan sebanyak 12 kejadian gempa susulan.

Berdasarkan maklumat dalam laman web JMM, sehingga pukul 7.37 malam ini, sebanyak 64 gempa susulan telah dikesan dalam tempoh lima hari lalu.

Daripada jumlah itu, lapan gempa kuat berukuran 6.0 hingga 7.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku.

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang