Advertise here

Mak Nyah di tindas dalam masyarakat ‘bertamadun’

Posted by princecrackerModernist | 3:37 AM | ,

Sulastri Ariffin
Aug 13, 07 3:26pm



Saya merujuk pada laporan malaysiakini Transsexual: I was treated like a hardcore criminal berkaitan seorang transeksual yang dipukul dan dicederakan oleh pegawai Jaaim. Saya langsung tidak terkejut, malah bersyukur sebab Ayu sangat berani dan cekal hati untuk mendedahkan apa yang telah berlaku. Banyak kes kes seperti Ayu tidak dilapurkan atas sebab takut atau tidak tahu ke mana hendak mengadu. Hanya sesama kawan transeksual saja tempat mereka mengadu.

Kadangkala saya berfikir sampai bila komuniti transeksual ini akan diperlakukan sebegitu kejam dalam masyarakat Malaysia yang maju, moden ,berteknoloji tinggi dan ‘penyayang’ ini? Hari-hari kita dimomokkan bahwa masyarakat kita berbudi-tinggi, bertolak ansur, berperikemanusiaan tapi hakikatnya, kepada komuniti terpinggir seperti transeksual ia adalah sebaliknya.

Media seringkali memaparkan laporan negatif kepada masyarakat berkaitan komuniti transeksual sehingga pemikiran masyarakat terhadap transeksual pun sama. Komuniti transeksual sering menjadi sasaran keganasan sebab masyarakat beranggapan bahawa semua orang benci dan jijik dengan mereka dan tiada siapa akan mempertikaikan bila mereka melakukannya.

Dalam agama, masyarakat sering berbangga bahawa agama merekalah yang agung, suci dan murni tetapi bila berdepan dengan komuniti transeksual, mereka menjadi sebaliknya.

Keadilan dalam undang undang syariah pun boleh dipertikaikan sebab ia tidak seragam mengikut negeri- negeri di negara kita. Tanpa kajian dan pemahaman yang menyeluruh, individu yang dilahirkan transeksual telah menjadi satu ‘kesalahan’ syariah dan sivil.

Ayu dilahirkan seorang transeksual dan apakah itu satu jenayah yang dilakukannya? Kenapa tidak didakwa sekali ibubapa yang melahirkan anak seorang transeksual? Kenapakah masyarakat masih mengaitkan transeksual itu sebagai seorang lelaki yang menyerupai perempuan? Apakah definasi lelaki yang sebenarnya? Adakah ia hanya berpandukan alat jantina mereka?

Saya rasa kita semua tidak perlu mendabik dada bahawa kita adalah masyarakat yang bertamadun dan beradap tinggi kalau penindasan sebegini teruk masih berlaku dalam negaraku, Malaysia

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang