Advertise here

SEDIKIT PEDOMAN BUAT TEMAN-TEMAN

Posted by Sharing Is Caring | 8:22 PM |

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis
adalah orang yang ditimpa musibah lalu
dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak
puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah
sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikan .

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling
luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan
di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di
dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar
atau membuang email ini begitu sahaja,
malah dia tidak akan menyampaikan pula
pada org lain.

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang