Advertise here

Tragedi nahas TUDM Nuri terhempas...!!!

Posted by wanjModernist | 11:46 AM

Terkini!!!!

Maizatul tidak halang anak jadi tentera....

Maizatul Shima Abdul Rasad bersama anak sulungnya, Emie Mazleen Mohd. Azmie di Batu Berendam, Melaka, semalam.
MELAKA 19 Julai – Isteri Allahyarham Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin tidak akan menghalang dua anaknya daripada mengikut jejak bapa mereka menjadi anggota tentera.
Maizatul Shima Abdul Rasad, 34, berkata, tentera adalah pekerjaan yang sangat mulia dan terpulang kepada anaknya, Emie Mazleen Mohd. Azmie, 5, dan Emie Mazueen, 10 bulan, membuat pilihan apabila dewasa kelak.
‘‘Kalau mereka sudah minat, saya tidak akan halang. Teruskan saja. Tentera satu pekerjaan mulia.
‘‘Ia satu kerja yang halal... Kalau mahu ikut jejak langkah ayahnya tidak mengapa, walaupun anak saya perempuan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman mertuanya di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini malam tadi.
Allahyarham Mohd. Azmie, 34, bersama lima lagi rakannya terkorban apabila helikopter Nuri yang dinaiki mereka terhempas, lima kilometer barat laut dari Genting Sempah, Pahang ketika menuju ke Kuantan pada pukul 9.25 pagi Jumaat lalu.
Jenazah Mohd. Azmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bachang pada kira-kira pukul 10.35 malam ini.
Sementara itu, Maizatul Shima memberitahu, kali terakhir beliau bertemu dengan suaminya ialah pada pagi hari kejadian iaitu ketika Mohd. Azmie menghantarnya ke tempat kerja.
‘‘Arwah tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh pagi itu. Seperti biasa arwah menghantar saya untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Jaya di Pudu, Kuala Lumpur,” katanya.

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang