1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia
terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat
keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke
muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi
kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti.
Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai
suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".
2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk
bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas
shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini,
biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan
nanti ialah orang yang
dijanji telah menunggu tetapi isteri masih
beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang
dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya
bersama. Terhindar dari gangguan.
4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli
belah..eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli,
apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika
kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan..
(jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga
bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang
terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih
bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari
barang yang dia
cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau
tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.
6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek
tak abang kain ni untuk saya"... ?berilah pandangan dengan kata-
kata, "Pada pandangan abang ... .." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa..
kemudian senyap.
7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak
beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya.
Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab
faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup
berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak
mereka.
8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang
sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik
jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya
mendapatkan barangan kehendaknya.
9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang
telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia
kerana bijak memilih barangan itu.
10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di
tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita
hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu
agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan
menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.[/color]
Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantisi lorong-
lorong komplek membeli belah...
at 10:18 AM