SELURUH rakyat Malaysia berkongsi
kesedihan dengan ibu bapa Nurin Jazlin
Jazimin - kanak-kanak malang yang
hilang
selama lebih sebulan akhirnya ditemui
kaku dalam keadaan amat menyayat
perasaan.
Sememangnya bukan itu bentuk pertemuan
yang diharapkan oleh pasangan Jazimin
dan Nurazian. Apa yang diharapkan ialah
Nurin kembali ke pangkuan keluarga
dalam
suasana ceria. Tempat pertemuan bukan
di
bilik mayat jauh sekali dalam suasana
hiba.
Kita amat bersimpati kerana kemunculan
Nurin membayangkan penderitaan yang
ditanggung selama 30 hari dia
disembunyikan.
Nurin tidak perlu berceloteh atau
bercerita tentang kesengsaraan yang
ditanggungnya. Dia juga tidak perlu
menjelaskan kepada dunia betapa
binatangnya manusia yang memperlakukan
dia sedemikian rupa. Kemunculan sekujur
tubuh kurus dengan kesan lebam di sana
sini juga membuatkan kita tidak
bertanya, kerana segala kekejaman jelas
terbentang di depan mata.
Kemunculan Nurin biarpun dalam keadaan
mata terpejam rapat dan mulut terkunci
menceritakan segala-galanya - betapa
dia
diseksa oleh iblis bertopengkan
manusia.
Penjenayah itu bukan lagi haiwan jauh
sekali manusia lantaran haiwan tidak
sekejam itu, inikan pula manusia yang
dianugerahkan akal dan fikiran.
Lebih memilukan, kita semua pasti,
hakikat bahawa Nurin menghidap penyakit
buah pinggang dan darah tinggi serta
bergantung pada ubat semestinya dalam
pengetahuan penjenayah itu.
Namun membaca laporan bedah siasat
serta
perincian mayat Nurin seperti yang
dilaporkan oleh media cetak dan
elektronik - kita tidak sanggup
memikirkan betapa kejam, gila, sadis
dan
iblis penjenayah itu ketika melakukan
penyeksaan ke atas anak malang yang
tidak berdaya itu.
Di manakah rasa belas, kasihan, ihsan
yang membezakan manusia dengan binatang
sehingga menutup akal penjenayah itu
dan
terus mengerjakan tubuh kecil yang
tidak berdosa itu. Bukankah wajah comel
serta ketidakupayaan Nurin sepatutnya
meredakan kegilaan penjenayah itu
sekurang-kurangnya untuk menghantarnya
pulang dalam keadaan selamat.
Tidak tersentuhkah perasaan binatang
itu
apabila mendengar tangisan Nurin yang
semestinya amat ketakutan dan kesakitan
setiap kali diperlakukan sedemikian
rupa. Atau semakin terangsangkah dia
untuk menyakiti kanak-kanak itu
sehingga
memberi kepuasan yang kita tidak tahu
di
mana nikmatnya.
Apa sebenarnya dosa Nurin sehingga
terpaksa melalui 30 hari terakhir
hayatnya dengan penuh penyeksaan. Apa
salah kanak-kanak comel ini sehingga
dia
tidak diizinkan untuk meninggalkan
sepatah dua kata kepada ibu bapanya
sebelum nyawanya diragut sekejam itu.
Sesungguhnya tidak tercapai akal kita
untuk memikirkan apa sebenarnya yang
diingini oleh penjenayah itu. Apa yang
ingin dipuaskan sehingga sanggup
melakukan penyeksaan demi penyeksaan.
Kita tidak perlu menjadi ibu bapa Nurin
untuk menitiskan air mata simpati dan
sedih terhadap apa yang terjadi. Kita
tidak perlu malu untuk mengaku bahawa
fikiran kita amat terganggu dengan
kejadian ini. Ini kerana kita juga
mempunyai anak-anak yang turut terdedah
kepada jenayah-jenayah yang di luar
batas akal dan fikiran ini.
Meninggalkan
Yang pasti tindakan penjenayah itu
meninggalkan mayat Nurin di dalam
sebuah
beg sukan di tempat terbuka juga
membawa
mesej yang tersendiri.
Dia seolah-olah mencabar pihak polis.
Dia ingin menunjukkan betapa kebuntuan
mencari Nurin mesti diakhiri, tetapi
dengan cara yang amat tragis.
Dia juga cuba membuktikan ketika semua
orang bertungkus-lumus menjejaki Nurin
di seluruh negara, kanak-kanak itu
sebenarnya berada tidak jauh daripada
keluarganya. Cuma jeritan dan
raungannya
tidak kedengaran oleh kita semua. Nurin
bersendirian menanggung sengsara dalam
suasana yang amat terasing baginya.
Penjenayah itu juga membuktikan
kegilaan
yang melampau sebab itu mayat
kanak-kanak malang itu tidak
disembunyikan. Kita tidak tahu apakah
motif penjenayah itu meletakkan mayat
yang sarat dengan bahan bukti penderaan
seksual itu di situ. Semestinya ada
juga
bukti-bukti yang boleh mendedahkan
dirinya yang sebe