Advertise here

TIPS Membina Website Yang Berkesan

Posted by princecrackerModernist | 8:51 PM | , ,

Terdapat beberapa kriteria yang penting untuk laman web / website yang berkesan ialah:

  1. Website tersebut mesti menyatakan tujuan bagi pemiliknya.
  2. Pengguna website boleh menggunakan website kita untuk mendapatkan maklumat atau melaksanakan kerjanya tanpa masalah.
  3. Website juga selalu diselenggara dan updated / dikemaskini.

Ia dilihat seperti mudah bukan? Kebanyakan website adalah tidak sepenuhnya berkesan ataupun kurang berkesan. Ini kerana mereka gagal melaksanakan sesetengah kriteria di atas. Mari kita lihat satu persatu kriteria di atas dengan lebih terperinci:

1. MENYATAKAN TUJUAN WEBSITE

Website wujud untuk menyatakan tujuan bagi pemiliknya. Walupun pelbagai jenis website seperti blog, portal, minisite bisnes dan lain-lain lagi, masing-masing mempunyai tujuan tertentu yang menurut kehendak pemiliknya. Kebanyakan laman web adalah berkonsepkan perniagaan / pemasaran yang semakin berkembang pesat di Amerika dan negara barat yang lain. Tetapi laman web berkonsepkan perniagaan di Malaysia masih belum berkembang secara menyeluruh lagi.

Antara tujuan laman web berkonsepkan perniagaan yang lazim ialah:

- Melakukan promosi perniagaan
-
Menarik pelanggan baru
- Meyakinkan pelanggan yang ada
- Membina hubungan yang baik dengan pelanggan
-
..untuk 24 jam / hari, 7 hari / minggu, seluruh dunia ? membina rangkaian global tiada batasan masa.
- Menjimatkan masa pekerja dengan menyediakan maklumat secara automatik.
-
Untuk memindahkan dokumen dengan lebih cepat.
-
Membuat jualan menerusi website.

2. KEBOLEHAN & KEUPAYAAN WEBSITE

Website adalah berkebolehan dan berkeupayaan jika?

- Ia boleh dijumpai apabila menggunakan enjin carian atau link daripada website lain
- Ia mudah dan cepat di paparkan (load) di computer pelawat
- Setiap pelayar internet (web browser) boleh memaparkannya tanpa ada kekangan
-
Ia jelas dan mudah dibaca
- Ia tidak menyakitkan hati / menganggu pelawat sewaktu melawatnya
-
Pelawat mudah membaca atau mencari maklumat yang diperlukannya

3. SELALU DIKEMASKINI

Jangan hanya pandai buat website, tetapi malas mengemaskini. Perkara ini perlu dititik beratkan kerana ia adalah satu teknik tarikan pelawat buat kali ke-2 atau selamanya. Jika anda membina laman web yang berorientasikan maklumat, perkara ini amatlah perlu dilakukan. Pelawat sangat berharap maklumat terbaru apabila mereka sudah melihat maklumat sebelumnya di laman web anda. Dari segi antaramuka grafik pula, ia tidak lah terlalu penting untuk dikemaskini. Apa yang paling penting ialah maklumat yang disampaikan tersebut perlu sentiasa dikemaskini atau ditambah dengan maklumat yang baru. Walaupun bukan setiap hari, tetapi sekali seminggu sudah memadai.

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang