alkisahnyer...
Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampai di Hospital New York, Mamat di bawa ke bilik bedah & di pasang tiub getah kiri kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatan lebih parah di bawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata "united Kingdom...." Mamat yang juga sedang lemah, menjawab "malaysian..." Setelah itu kedua-duanya pengsan kerana keletihan. beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi sekali lagi. Si Mat Saleh berkata dengan lemah; "James..."
Dijawab dengan susah payah oleh Mamat; "Mamat..." Habis itu mereka pengsan lagi. beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih cuba melanjutkan percakapannya.
"bimingham..." kata Mat Saleh. Dijawab Mamat; "Kuala Kangsor...". Pengsan lagi. Tak lama kemudian mereka sedar dan masih cuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata; "cancer...."
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut; " capricorn...!""
Advertise here
PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA ANDA!
Posted by princecrackerModernist | 4:36 AM | doktor, lawak, perempuanSebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.
Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan
sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.






