Advertise here

cerita orang sakit

Posted by princecrackerModernist | 8:21 PM | ,

alkisahnyer...
Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampai di Hospital New York, Mamat di bawa ke bilik bedah & di pasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatan lebih parah di bawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata "united Kingdom...." Mamat yang juga sedang lemah, menjawab "malaysian..." Setelah itu kedua-duanya pengsan kerana keletihan. beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi sekali lagi. Si Mat Saleh berkata dengan lemah; "James..."

Dijawab dengan susah payah oleh Mamat; "Mamat..." Habis itu mereka pengsan lagi. beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih cuba melanjutkan percakapannya.
"bimingham..." kata Mat Saleh. Dijawab Mamat; "Kuala Kangsor...". Pengsan lagi. Tak lama kemudian mereka sedar dan masih cuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata; "cancer...."
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut; " capricorn...!""

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang