Advertise here

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya"

Posted by princecrackerModernist | 10:29 AM | , ,


"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya", satu keluhan biasa.
Yang tak biasanya, "mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan
saya"....


Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu
untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan
terhadap suami mereka.


Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka
bercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah,
tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi
dia banyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya".


Mengapa begitu?...Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki
pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta)
atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang
untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.


Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka
nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok
didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan
memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan,
kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan
mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah
bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.


Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa
"the'job' is done!"


Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka
boleh berbual-bual dengan orang lain?...


Ada 2 sebab;


* suami itu lelaki


* isteri itu perempuan


SUAMI ITU LELAKI


* Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan
pencapaian.


* Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk
mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca
suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham.
Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang,
pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan
dunia.





ISTERI ITU PEREMPUAN


* Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka
menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka
baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem
romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang
diri, keluarga,perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.


Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana
suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?..Sebab. ..isteri itu seorang
perempuan!


Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka.
Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,
bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang
lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang
perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam
lamanya.


Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka
mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat
'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada
kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang
penting -'apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu'.


Mereka nakkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa di
kasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin,
selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin. Perkahwinan
sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang
perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi
alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri.


Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat
perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak
berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.


BAYANGKAN bila...


* suami isteri tidak berbual-bual


* suami atau isteri tidak 'respond' dengan baik bila salah seorang
berkata-kata * suami gagal menjadi pendengar yang baik * suami tidak
memberi peluang kepada isteri untuk mengadu * suami isteri membiarkan
halangan-halangan perbualan berada di antara mereka * suami 'diam' di
rumah tapi 'bising' di luar ada faktor penghalang kepada perbualan
yang sihat


maka BERKEMUNGKINAN. ..


* 'tabung cinta' suami isteri akan 'bocor'


* isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)


*isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya-
mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar


*isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa


* isteri tidak tahu apa yang suaminya 'is up to' dan suami tidak tahu
apa yang isterinya 'is trying to do'


* berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada
perhubungan suami isteri dan rumahtangga.


1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan
perkahwinan.



2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka
inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan
masing-masing.





' Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia'

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang