Advertise here

kajian tentang mandi

Posted by princecrackerModernist | 7:50 PM | , ,

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja
bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress
serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah
sekitar
13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam
air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus
besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10
hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18
darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan.
Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti
ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik
(sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai
antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan
aduk
sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang
lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga
menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda
yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,
pendarahan hidung, selsema dan sembelit

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang