profesor yang sibuk....
Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya...
Sia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum
malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..
"abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan". pesan isterinya
"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.
"Di rumah saja lah bang..".
"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".
lemah BI...
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US
ketika berjalan² di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu..
dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "
ayam terahkir...
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam goreng seekor..
Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya..
pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu.
Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,
"Kerana terlanjur sudah makan sedikit.. jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...
tiga abdul...
Tiga orang yang bernama Abdul.. sepakat untuk membuka sebuah perniagaan.
Pada suatu hari terdengarlah bunyi telefon di pejabat mereka.
"Kriiiiiiiiing"
"Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Abdul?"
"Maaf encik.. Encik Abdul ada mesyuarat"
"Kalau begitu boleh saya bercakap dengan encik Abdul saja la..."
"Err.. Encik Abdul sedang menghadiri Seminar"
"Kalau Encik Abdul ada tak?"
"Ya... Saya sendiri. Apa yang boleh saya bantu?"
pemeriksaan kesihatan,...
Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor
berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian
mengeluarkan lidahnya panjang2.
Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.
Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"
Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2,
tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"
"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"
tafsir mimpi...
Seorang wanita bermimpi, lalu menceritakannya pada seorang tukang tilik....
"Malam tadi saya bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang ingin mengahwini saya.. apakah
maksudnya tok.." tanya wanita.
Dengan senang tukang tilik menjawab..
"Itu bermaksud kamu akan bertemu dengan ular!".
guru yg bersalah...
Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan
dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.
"Baik, baik," kata Hakim.
"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam
perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya.. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah
'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
rawatan kecemasan...
Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai.
Tiba² seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar..
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"
Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya..
Jelas lelaki itu belum begitu mahir...
Lalu.. dengan tenang wanita itu berkata.
"Kalau akhirnya Saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."