Advertise here

Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

chinese+english=????

Posted by Sharing Is Caring | 12:07 PM | , ,

You might like it. This is hilarious... ..even an Englishman could not construct sentences using numeric, which is exclusive only to Malaysians and Singaporeans.

Ah Lek was asked to make a sentence using 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10.
Not only did he do it 1 to 10, he did it again from 10 back to 1. This is what he came up with.....

1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me,so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me.. I ran until I fell 6 and threw up. So I go into 7-eleven and grabbed some 8 to throw at him.Then I
took a 9 and try to stab at him. 10 God he run away.

10 I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven. Next day I called my boss and told him I was 6. He said 5 , tomorrow also no need to come back 4 work.He also asked me to go climb a 3 and jump down. I don't understand. I am so nice 2 him but I don't know what he 1.

Read More »»

Dialog Dua Hantu

Posted by princecrackerModernist | 2:51 AM | ,

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Read More »»

kisah seorang pencari kayu

Posted by princecrackerModernist | 4:02 PM |

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka
tersebutlah....

kisah seorang pencari kayu.Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas.Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata. Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di
tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si
pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".

Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari. "Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas.Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa
kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi. "Bukan yang ini",jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak
dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab
si pencari kayu jujur.

Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak
besi milik si pencari kayu."Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu,maka paripari
memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi
sungai menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap menangis si pencari kayu
atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa sipencari kayu.Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".

Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersam-samanya SitiNurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga. "Yes..yes",jawab si pencari kayu. Pari-pari begitu marah",Penipu,pembohonggg....,nah terima
baaa...",belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata,"Maafkanhamba!Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah faham". "Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan
Maya Karin dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan
memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayuyang miskin...mana larat nak maintain semua tu...bole tercabut
kepala lutut.. .Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas...

Read More »»

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Posted by princecrackerModernist | 8:37 PM | , ,

Staff Sekalian,


Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada
tahun 2007, syarikat ini akan menguatkuasakan
peraturan baru kepada semua staff.

Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

1. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah
atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah,
jadi tiada
kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih
dari 10 tahun
atau menggunakan pengangkutan awam, kami
mengandaikan anda mempunyai
banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada
proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang
sepatutnya, jadi
tiada kenaikan gaji.

2. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam
setahun dan
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

3. WAKTU LUNCH

i) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30
minit. Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.

ii) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat
selama 15 minit.
Ini kerana mereka sedang elok dan ***a perlu
mengambil makanan secara stabil.

iii) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi
rehat selama 5 minit
sahaja.
Ini kerana mereka ***a perlu makan pil dan susu
atau teh untuk menguruskan badan.

4. CUTI SAKIT

Mulai 2007 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit
dari Doktor.
Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik
untuk dapatkan MC,
anda tentu boleh pergi kerja juga.

5. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa
terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2007 setiap seorang hanya
boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5
minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck,
pintu akan terbuka
dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam,
kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah korum 'staff
sembelit'.

6. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak
membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba
mengeluarkan apa-apa saja
organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil
anda bekerja kerana
anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak,
ini bermakna anda
telah melanggar kontrak.

7. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi
seperti membaca
e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran
RM2.00 sejam (sama
seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak
dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan
mendapat gaji selama
3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja
telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di
syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang
pertanyaan,komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun,
caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

Posted by princecrackerModernist | 8:28 PM | ,

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!


"Everyone has a right to blossom, to reveal their full potential as a human being, to fulfill their mission in this world. That is the meaning of human rights

Read More »»

cerita orang sakit

Posted by princecrackerModernist | 8:21 PM | ,

alkisahnyer...
Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampai di Hospital New York, Mamat di bawa ke bilik bedah & di pasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatan lebih parah di bawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata "united Kingdom...." Mamat yang juga sedang lemah, menjawab "malaysian..." Setelah itu kedua-duanya pengsan kerana keletihan. beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi sekali lagi. Si Mat Saleh berkata dengan lemah; "James..."

Dijawab dengan susah payah oleh Mamat; "Mamat..." Habis itu mereka pengsan lagi. beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih cuba melanjutkan percakapannya.
"bimingham..." kata Mat Saleh. Dijawab Mamat; "Kuala Kangsor...". Pengsan lagi. Tak lama kemudian mereka sedar dan masih cuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata; "cancer...."
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut; " capricorn...!""

Read More »»

terlupa makan

Posted by princecrackerModernist | 7:52 PM | , ,

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.


Isteri: Bang, bangun bang... bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla... cepatla bangun..kan doktor dah
pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^ ?

Nenek Udin

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh
BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan
ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang
kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#... .."

Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah
hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu
katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih
dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia
tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu
saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di
dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?"
Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak
5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan.
Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. "Makan apa kita malam ini?"
katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Read More »»

Suamiku Mat Salleh!!

Posted by princecrackerModernist | 7:41 PM | , ,

Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka.
Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh utk aku.......Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikarang semua sudah setel.

Calon pun dah ada, golongan org berada katakan....lak tu dan most of all....orang putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila difikir2.......

mimpikah aku..... macam tak caya aje.....dah jadi macam cerita Cinderella pulak.....Aku nie bukanlah jelita sangat...kulit kerbau bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku....Agaknya org putih tu ingat aku ni Negro kot!.......macam Janet Jackson ke; Whitney Houston ke.......

Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yg beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak yg cari....katanya berkat. Yang penting amaaaan sepanjang masa.......

"Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yg aku tanyakan kat mak.

Alah.....semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak?

"Jangan takutlah, tanggung beres...."

Betulke mak aku ni........Naik pening kepala batu aku ni....... Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orgnya dah berumur sikit....duda, sebab bininyer meninggal...tak tahu apa sebabnya.......Tapi agak aku kan, dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak ade.......lagi power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur. Tapi, tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil 'Adik' pulak, kan?

Duda pun dudalah...at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam rumahtangga.... aiseyman, berfalsampah lak aku ni......Setakat ader sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga
buat ape, yg menganggur bersepah2........

Banyak org tanya, "kau suka ke,mak kau kahwinkan kau dgn mat salleh?"

Aku senyum saja.... Kontrol sikit muka nie. Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium! pipi mak aku pasal
kawinkan aku dgn org putih....... Alamak! macam drama sabun lah (soap opera lah, cakap org putih)......

Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanye jeles bila dia owg tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia owg nak psycho aku yg bukan-bukan..........

"nanti org putih tu bawak kau kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu."

Tapi aku buat dak saje......

"Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles....jgn nak cari alasan....." kau org tu, sampai bila nak jadi andartu....."

Itu jugak jawapan aku bila dah geram........ Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah org cakap mulut dia mulut laser.........Ah! lagi bengang aku
pikirkan pasal dia org.......Blah lah sama korang.......!!!

"Semua dah sedia?...... Saksi sedia?........Pengantin lelaki sedia?.....

Baik mari kita mulakan sekarang..........


MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN....AKU NIKAHKAN DIKAU
DGN SAODAH BINTE SANORPAN DGN MASKAHWINNYA.....

Tiba-tiba, suara pak imam sayup2 dari pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut.......

"Fengantin Fomfuan fengshan, nikah ni kira syah ke......syemmana nie?" terdengar akan suara suamiku yg keluar dari mulutnya yg dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yg terbongkok-
bongkok..... jalan pun kena pakai tongkat.........

Alamak! tak sanggup aku nak nengok muka minah2 empat ekor tu yg terkekek-kekek dan berdekah-dekah disisiku........

TIDAAAAAAAKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!

Read More »»

Isteriku Liza.....

Posted by princecrackerModernist | 1:37 AM | ,

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.

Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi

Read More »»

kisah benar - bebal komputer

Posted by princecrackerModernist | 5:33 AM | , ,

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline
(bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di
helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah
menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah
perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall
computer assistance; boleh saya bantu anda?"

"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."

"Masalah bagaimana tu encik?"

"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."

"Hilang?"

"Ya, ia hilang."

"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"

"Kosong, tak ada apa-apa."

"Tak ada apa-apa?"

"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."

"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"

"Macam mana saya nak tau?"

"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"

"Apa tu si-perom?"

"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"

"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon
bila saya taip."

"Adakah monitor anda ada power indicator?"

"Monitor tu apa?"

"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk
seperti TV."

"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda
dihidupkan?"

"Saya tak tahu."

"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket
dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"

"Rasa-rasanya."

"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan
pada soket elektrik di dinding anda."

"Yaa, terpasang."

"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar
terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"

"Iya ke?."

"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang
monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"

"Okay, jumpa dah."

"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan
ketat di belakang computer anda."

"Alamak tak sampai laa."

"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"

"Tak boleh."

"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok
kat belakang tu?"

"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal
gelap."

"Gelap?"

"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya
ada adalah dari cahaya tingkap."

"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."

"Tak boleh."

"Tak boleh? Kenapa?"

"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."

"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya
sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan
semasa komputer ini dihantar?"

"Ada... saya simpan kat dalam almari."

"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda.
Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar
balik
ke kedai dimana anda beli dulu."

"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"

"Iya, rasa-rasanya macam itulah."

"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap
apa dengan pekedai tu?"

"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah
komputer."





____________________________





p/s : apa agaknya korang nak buat kalau korang kat tempat Cust Services
nie??

Read More »»

layan

Posted by princecrackerModernist | 10:32 PM |

Siapa Diluar?
Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar. "Siapa di luar?" teriak orang tua itu dengan ketakutan. "Saya Malaikat Maut!" "Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

Diam
Ketika Makan Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..." Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!" Setelah selesai makan... Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?" Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

Janda Yang Dahaga
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam ... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga........... Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa....

Lupa jalan pulang
Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer. "Apa masalah awak?" DOKTOR bertanyer..... "Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,....saya berada 480km dari umah........

Dipecat
Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

Mr Brown
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Kesian Makcik nie... "Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan... ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."

Read More »»

koleksi lawak pendek (versi 3).....

Posted by wanjModernist | 1:25 PM | , ,

pembantu rumah....

Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan.. jangan engkau bagitahu puan pukul berapa aku
pulang malam tadi... kenapa kau cakap juga?"

"Maaf tuan.. saya langsung tidak cakap waktunya.." jawab pembantu rumahnya..
"Saya hanya cakap yang ketika tuan pulang.. saya sedang ambil air sembahyang subuh dan tak sempat tengok jam.."


senangnya bahasa ingeris....

Seorang anak baru habis menuntut di luar negera diuji oleh ayahnya yang sebenarnya tidak tahu
berbahasa ingeris sedikitpun, untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya anaknya berbahasa ingeris

Ayah : "Buku dalam BI.. apa?"

Anak : "De buk" (the Book)

Ayah : "Pena dalam BI..apa?"

Anak : "De pen" (The Pen)

Lalu ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang.. setiap benda dalam BM bila diterjemah ke BI mesti ada
'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan...

Lalu ayahnya menemui rakannya dikedai kopi..

Si Ayah : "Aku boleh berbahasa BI"

Rakan : "Ok.. cuba cakap dalam BI...'Kambing makan rumput'

Si Ayah : "De kam de mak de rum"


tabahlah...

Seorang Ibu di kampung menceritakan kepada temannya tentang anaknya dengan penuh rasa bangga...
"Anak gadis saya yang masih menuntut itu tinggal di Kondo di KL.. !"

"Ia makan malam di restoran yang berbeza setiap hari, ada baju bagus2 dan banyak kekasih".

Rakannya membalas..
"Saya faham perasaan engkau.. Anak gadis saya juga seorang pelacur seperti itu... Tabahlah..."


kos iklan....

Seorang lelaki menelefon sebuah stesyen TV..

Lelaki : "Berapa kos iklan untuk tiga soalan pendek?"

Pekerja TV : "Lima Ribu"

Lelaki : "Lima Ribu? Bukankah terlalu mahal?"

Pekerja TV : "Iya betul..... dan apakah soalan encik yang ketiga?"


parti orang terkenal....

Habsah menghadiri sebuah Parti Harijadi yang terdiri dari orang2 terkenal disebuah Hotel.

Ketika hendak hendak pulang... dia dihampiri oleh penjaga tempat parking...

"Mari, cik adik... boleh saya teman kan ke kereta.."

Habsah hairan macamana penjaga parking mengenalinya... apabila hampir ke keretanya.. penjaga parking berkata..

"Itu kereta cik adik..." sambil menunjuk kearah kereta Habsah...

Kini Habsah semakin hairan macammana penjaga parking itu dapat pula mengenali keretanya... sedangkan
disitu terdapat ramai orang2 terkenal serta beratus2 buah kereta mewah....

Dalam hati Habsah berkata..
"Ini pertama kali aku datang ke hotel ini... tetapi penjaga parking ini kenal aku dan keretaku.
mungkin kerana penampilan dan wajahku... Mungkin wajahku mirip dgn mana-mana orang terkenal di sini?"

Untuk memastikan dugaannya betul atau tidak.. Habsah memutuskan untuk bertanya kepada penjaga Parking itu.

"Bang.. macamana abang boleh mengenal saya dan kereta saya. Padahal ada ratusan tetamu
dan ratusan kereta yg di parking di sini ...?"

"Oh, itu senang saje.. Cik adik ni adalah satu-satunya tetamu yang bukan orang terkenal di parti ini!"


wasiat seorang suami....

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya
kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."


mesin ramalan....

Sepasang Suami istri Karep dan Aemiey sedang berjalan-jalan di sebuah pasaraya lalu
menghampiri sebuag mesin ramalan.

Sambil berdiri di atas mesin, Karep memasukkan syiling dan di keluarlag suatu paparan di skrin mesin tersebut.

"Eh aemiey.. baca ini," kata Karep

"Mesin ini kata.. aku seorang yang Kretif, pintar, berwawasan tinggi, dan juga suami yang baik... he he he..." gelak Karep

"Ya.. saya nampak.." jawab Aemiey.. dan menyambung..
"tapi nampaknya.. berat badan abang pun salah tu...."


ayah lebih pintar dari anaknya??

Anak : "Ayah, betul ke.. orang kata ayah selalu lebih pintar dari anaknya?"

Ayah : "Betul.. kenapa?"

Anak : "Kalau begitu... kenapa yang menemui telefon itu Alexander Graham Bell.. bukan Ayahnya...?"


pilot buta....

Para penumpang sebuah Pesawat sedang bersiap sedia ditempat duduk masing-masing..
Mereka hanya menunggu pilot dan co-pilot yang belum datang.

Akhirnya.. Pilot dan co-pilot datang melalui pintu belakang pesawat. Mereka berjalan sepanjang
lorong menuju kokpit pesawat di depan. Kedua orang tersebut nampaknya seperti buta.
Pilot berjalan menggunakan tongkat... mengetuk2 kerusi penumpang di kiri kanan.

Sedangkan co-pilot pula berjalan dipandu oleh seekor anjing.

Kedua orang tersebut menggunakan kaca mata hitam yang besar, sehingga agak sukar bagi penumpang
untuk memastikan mereka itu benar2 buta atau tidak.

Penumpang meneka ini adalah lakunan belaka.

Namun, ketika pesawat dihidupkan mula bergerak diatas landasan.. penumpang mulai takut dan
berpeluh...

Pesawat kini sudah berada di hujung landasan. Mesinnya amaran berbunyi dengan kuat..
Penumpang semakin panik. Pesawat bergerak semakin laju... tetepi pesawat masih belum naik meninggalkan
landasan.... lalu beberapa orang penumpang menjerit bagai histeria....

Tiba² saja pesawat naik.. betul2 di penamat landasan.. dan kemudian terbang seperti biasa.

Tidak lama kemudian terdengar suara pilot dan co-pilot berbual...

"Suatu hari nanti.. kalau penumpang tidak menjerit.. kita sudah jadi bangkai di landasan.!!


boleh tapi bersyarat....

Kerana hampir setiap hari datang lambat, seorang siswi bernama Ieda ditegur oleh pensyarahnya.

"Ieda, Boleh tak awak datang lebih awal dari saya?"

"Sebenarnya boleh, Puan!" jawab Ieda. "Tapi ada 1 syarat!"

"Apa syaratnya?" balas lecturernya

"Puan mesti datang lewat dari saya!"


murid derhaka....

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..
tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini.
Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi??
guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan
cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas
kembali bising macam biasa...


2 be continue......










Read More »»

koleksi lawak pendek (versi 2).....

Posted by wanjModernist | 1:17 PM | ,

sekolah baru....

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..

Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"

Murid : " Ya.. cikgu"

Guru : "Nama kamu siapa?"

Murid : "Man"

Guru : "Nama panjang kamu?"

Murid : "Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu"


teh panas...

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang...
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas
dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab..

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20"

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu
lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya....

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam
sekelip mata sahaja...

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
"Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..
lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja"


seorang bapa dan 3 orang anaknya...

Seorang bapa yang baru pulang dari menjalani kursus diluar negara selama 1 tahun pulang kerumah.
Dia memanggil 3 orang anaknya untuk bertanyakan apakah yang telah anak2nya lakukan sepanjang
ketiadaan beliau... Jika perbuatan baik.. ayahnya akan menghadiahkan wang RM 100 tapi jika perbuatan
yang tidak baik.. ayahnya akan merotan sebanyak 10 kali...

Anak 1 : "Ayah.. saya telah membunuh seorang kawan yang telah mengganggu awek saya.. tapi saya
benar2 insaf sekarang... kalau ayah maafkan saya.. saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi"

Ayah : "Baiklah, nampaknya kamu benar-benar insaf.. Ayah maafkan kamu...!"

Anak 2 : "Sepanjang ketiadaan ayah.. Saya telah mencuri sabanyak 10 kali di kedai mak timah.. tapi
sekarang saya benar2 menyesal..dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.."

Ayah : "Baguslah.. kamu juga nampaknya menyesal... ayah maafkan kamu...!"

Anak 3 : "Saya tidak pernah melakukan apa2 kesalahan... sepanjang ketiadaan ayah.. saya sangat
rindukan ayah... setiap masa saya menyebut nama ayah... tak kira siang malam.. pagi petang... saya
sayang kan ayah.."

Ayah : "Oh.. jadi kamulah yang selalu menyebut2 nama ayah tak kira masa itu? sampai ayah tak boleh tidur..
jadi... kamu telah melakukan kesalahan besar dan mari kesini... ayah nak rotan!"


panadol...

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat
panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".

Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".


iklan keja kosong...

Di sebuah surat kabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis seperti berikut :

Peluang Pekerjaan..
- Anda lulusan Universiti / Kolej?
- Anda punya Kemahiran?
- Pernah mengikuti kursus komputer?
- Mahir berbahasa Ingeris?
- Tapi Masih menggangur?
CARI KERJA LA!


perlawanan bilasepak...

Suatu hari, perlawanan bolasepak diadakan antara pasukan Pencuri melawan pasukan Usahawan.
Ketika rehat separuh masa pertama.. kedudukan 0 untuk pasukan pencuri dan 3 untuk pasukan Usahawan..
sehingga menyebabkan jurulatih pasukan Pencuri naik berang.

Jurulatih : "Bodoh.. kamu ni lawan pasukan tu pun boleh kalah? Apa kamu semua cuma pandai mencuri aje?"

Kapten : "Kalau begitu, saya cadangkan kita main kasar saja. Aku jamin pengadil tidak akan
mengeluarkan kad apapun."

Jurulatih : "Kenapa kamu begitu yakin?"

Kapten : "Iya, sebabnya aku baru saja mencuri dompet berisi kad merah dan kuning dari poket pengadil tadi.."


quenn control...

Seorang perempuan menemani suaminya untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Ketika pemeriksaan selesai, doktor memanggil perempuan tersebut untuk menceritakan keadaan
suaminya, berdua saja.

"Suami puan menderita penyakit yang cukup teruk, dia terlalu banyak menerima tekanan...
Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan panduan2 yang saya berikan," kata doktor.

"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Layan suami dengan baik dan lembut.
Untuk makan tengahari.. buatkan menu yang lengkap zatnya. Malam harinya sajikan makan malam
yang spesial. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan kerja rumah dan jangan membebel.
Jika Puan tidak melakukan nasihat saya ini.. puan akan kehilangan suami," tambahnya.

Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya,
"Apa kata doktor tentang penyakitku?"


mangsa pembunuhan....

Di sebuah mahkamah... peguambela sedang mempertahankan anak guamnya yang dituduh membuhun dengan
menanyakan soalan yang bertubi-tubi pada saksi yang juga seorang doktor...

"Saudara saksi, apakah sebelum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal dunia, Saudara telah
memeriksa denyut nadinya?"

"Tidak," jawab si doktor.

"Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut pada bagian lehernya, atau nafas
pada hidungnya?"

"Saya tidak melakukannya!"

"Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk memastikan
mangsa telah betul-betul meninggal dunia?"

"Sama sekali tidak!"

"Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskan bahwa ianya sudah meninggal dunia?"

"Saya hanya melihatnya saja!" Jawab doktor selamber..

"Hanya melihat saja?" Peguambela itu mula tersenyum tanda kemenangan...
"Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya melihatnya saja, dan Anda
berani mengatakan bahwa mangsa sudah meninggal dunia? Apakah tidak mungkin sebenarnya magsa
masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka dia meninggal dunia?

"sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut dari badannya dan hatinya
telah dikeluarkan.... pasti mengetahui keadaan mangsa ketika itu" Jawab si doktor.

"Abang tetap akan meninggal..." balasnya selamber..


risiko...

Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..
Doktor : "Anda harus dibedah!"

Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"

Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit : "Apa???!!!"

Doktor : "Anda jangan takut."

Pesakit : "Kenapa?"

Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."


peratus...

Seorang Pegawai di Syarikat A mengunjungi rakannya di rumah rakannya. Lalu dia berkata..

"Engkau kan pegawai aje.. tapi kerata ada 5 buah?"

Rakannya hanya tersenyum dan membawa Pegawai tari menghampiri jendela untuk menunjuk keluar.

"Engkau lihat itu... jambatan besar di sebelah sana?" tanyanya.

Pegawai tadi mengangguk.

"Nah, itu sepuluh Peratus" kata rakannya..

Pegawai tadi mengerti yang 10% dana pembangunan jambatan lari ke poket rakannya.


Minggu depan rakannya pula mengunjungi rumah pegawai tadi di rumahnya. dan juga berkata..

"Engkau juga pegawai seperti aku.. tapi lebih hebat ye... Rumah macam istana...
kereta 15 buah..." kata rakannya.

Pegawai membawa rakanya menghampiri jendela. Ia menunjuk keluar sambil berkata..
"Engkau lihat empangan di sebelah sana?"

Rakannya tercari-cari ke arah yang ditunjukkan, tapi tidak melihat adanya empangan...
"Mana, tak ada pun..." tanya rakannya..

Pegawai tadi menepuk dada sambil berkata..
"Nah, itu seratus peratus... "



bersambung..........





Read More »»

koleksi lawak pendek (versi 1).....

Posted by wanjModernist | 1:00 PM | , ,

profesor yang sibuk....

Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya...
Sia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum
malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..

"abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan". pesan isterinya

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.

"Di rumah saja lah bang..".

"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".


lemah BI...

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US
ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu..
dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "


ayam terahkir...

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam goreng seekor..

Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya..
pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu.
Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,

"Kerana terlanjur sudah makan sedikit.. jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya


dan menjilat bontot ayam tersebut...


tiga abdul...

Tiga orang yang bernama Abdul.. sepakat untuk membuka sebuah perniagaan.
Pada suatu hari terdengarlah bunyi telefon di pejabat mereka.

"Kriiiiiiiiing"

"Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Abdul?"

"Maaf encik.. Encik Abdul ada mesyuarat"

"Kalau begitu boleh saya bercakap dengan encik Abdul saja la..."

"Err.. Encik Abdul sedang menghadiri Seminar"

"Kalau Encik Abdul ada tak?"

"Ya... Saya sendiri. Apa yang boleh saya bantu?"


pemeriksaan kesihatan,...

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor
berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian
mengeluarkan lidahnya panjang2.
Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2,
tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"


tafsir mimpi...

Seorang wanita bermimpi, lalu menceritakannya pada seorang tukang tilik....
"Malam tadi saya bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang ingin mengahwini saya.. apakah
maksudnya tok.." tanya wanita.

Dengan senang tukang tilik menjawab..

"Itu bermaksud kamu akan bertemu dengan ular!".


guru yg bersalah...

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan
dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam
perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya.. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah
'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."


rawatan kecemasan...

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai.
Tiba² seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar..
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya..
Jelas lelaki itu belum begitu mahir...
Lalu.. dengan tenang wanita itu berkata.

"Kalau akhirnya Saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."

Read More »»

100 markah...

Posted by wanjModernist | 12:56 PM | , ,

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

Read More »»

MADE IN JAPAN...

Posted by wanjModernist | 12:40 PM | ,

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

Read More »»

Kisah boyfriend paling tak gune..

Posted by wanjModernist | 12:40 PM | , ,

Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....

Read More »»

BURUNG KAKAK TUA...

Posted by wanjModernist | 12:35 PM | ,

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

xpasal2....

Read More »»

RACUN.....

Posted by wanjModernist | 12:31 PM | ,

ake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang nyawa.
Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan
air mata keluar dari matanya.

Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.
"Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.

"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.

"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu,
teman baikmu, dan ibumu."

"Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..."

Read More »»

Perompak Bas Kilang....

Posted by wanjModernist | 12:29 PM | ,

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

Read More »»

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang