Advertise here

warna kegemaran

Posted by princecrackerModernist | 1:49 AM | ,

Pasti semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna yang ada atau yang biasa disebut dengan warna kegemaran..Hehehe..dari situ kita boleh lihat watak kamu berdasarkan warna kesukaan kamu.

>>Warna Biru Jika si dia menyukai warna biru, maka dirinya termasuk dalam jenis ceria, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Dia selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta karana dirinya bijak dalam menyembunyikan perasaan.

>>Warna Hijau Warna kesukaan si dia adalah hijau, maka dirinya adalah seorang yang romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Dia juga seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta dirinya mengidam- idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.

>>Warna Kuning Kesukaan warna kuning ini menandakan bahawa dirinya memiliki sifat optimis, jenis periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang tetap. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak. Dia juga orang yang tidak pernah meremehkan sesuatu keadaan.

>>Warna Ungu Sekiranya warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran, maka si dia adalah jenis yang luar biasa. Dalam menghadapi masa depan dia tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan dirinya adalah yang terbaik. Kamu pandai benar dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang boleh mendekati dan menjadi kekasihnya.

>>Warna Putih Jika si dia menyukai warna putih, penggemar putih ini amat mementingkan kejujuran di dalam sesuatu perhubungan dan sekiranya seseorang itu telah menipu dirinya sekali maka selamanya dia tidak akan mempercayai orang itu semula. Ramai yang kagum dengan dirinya kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral yang tinggi. Tidak pernah angkuh, bersikap penyayang yang tinggi dan akan menolong sesiapa saja yang inginkan bantuan.

>>Warna Hitam Dirinya termasuk jenis orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Kalau dia berada dilingkungan yang tidak disukai, maka dia akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.

>>Warna Merah Dia termasuk jenis yang sangat berwibawa dan juga senang menolong teman yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi dia boleh menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Dia termasuk orang yang tidak mudah jatuh cinta.

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang