alkisahhhh....
Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya.
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.
M : Dan... dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap...
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..
M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...
M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.
Advertise here
Seorang anak telah tertelan duit syiling 10 sen.. lalu dia memberitahu kepada ibunya.. tapi si ibu dengan tenang mengatakan yang syiling tersebut akan keluar sewaktu membuang air besar.
Pada masa si anak ini buang air besar, yang keluar bukan 10 sen tetapi 50 sen. Si ibu pun kehairanan, dia berpikir bila syiling ditelan maka akan keluar lebih banyak. Tanpa pikir panjang.. si ibu pun terus menelan
syiling RM 1.00 dengan harapan akan keluar wang kertas yang mempunyai nilai yang lebih besar.
Pada masa membuang air besar, yang keluar adalah sekeping kertas.... Si ibu dengan senyum membuka kertas tersebut untuk melihat nilainya.. lalu dia memdapati ada tulisan berbunyi..
"ANDA BELUM BERUNTUNG.. SILA CUBA LAGI.."
Satu pertandingan menyedut telah diadakan... di peringkat akhir tiga orang peserta telah dipilih untuk merebut gelaran juara.
Peserta pertama.. sekali menyedut dengan hidungnya.. sebuah motor comel lenyap.. masuk ke dalam hidungnya.
Semua penonton bertepuk tangan dengan meriah......
Peserta kedua pula menunjukkan aksi menyedutnya.. lalu... sebuah kereta GEN.2 disedut ke dalam hidungnya.
Seluruh penonton pun memberikan tepukan gemuruh...
Lalu Peserta terakhir.... penonton sudah tidak memperdulikannya lagi.. ini kerana sudah tidak ada lagi benda yang lebih besar yang dapat di sedut oleh peserta ketiga ini.
Ketika peserta ketiga menunjukkan aksinya.. tiba-tiba terjadi Gerhana Matahari, keadaan pun menjadi gelap-gelita, lalu terdengar suara para Juri berkata.....
" Ini lah dia pemenangnya !!! Lihatlah kita semua sudah berada di lubang hidungnya!!! "
1) Lelaki yg sederhana serba-serbi mungkin cakap, ada 4 anak pun cukuplah.. tapi lelaki yang cukup serba-serbi akan kata...ada 4 bini mesti best!
2) Ibu ayam kampung cukup garang & bengis kalau anak die yg baru menetas kene kacau...tapi ibu ayam kat bandar cukup suke kalau 'anak2' die kene usik....
3) Orang yang sentiase ingat TUHAN bangun awal pagi utk SEMAYANG SUBUH..tapi...org yg fikirkan kesihatan bangun pepagi semate-mate nak JOGGING..
4) Anak dara cukup bangga kalau boleh MEMPERTAHANKAN kedaraannya. Tapi anak teruna cukup bangga kalau dapat MEROSAKKAN dara!
5) Orang beriman selalu ingat, HIDUP MESTI MATI...tapi orang yg tak cukup iman cakap.. HIDUP MESTI TERUS...
6) Bebudak sekolah selalu belajar kire-kire dari kosong sampai semilan....TETAPI....orang 'tak sekolah' biase ngan 4 nombor ekor jek......
alkisah...aibb
Pada zaman dahulu, ada sebuah keluarga yang cukup terkenal. Yang lelakinya dikenali sebagai "Pak Pandir" dan perempuannya dikenali sebagai "Mak Andeh". Pak Pandir ni walaupun dia
merupakan Ketua Rumah. . . tapi. . dia adalah seorang yang lurus bendul. . Dan Mak Andeh. . . seringkali menginggatkan/berpesan kepada suaminya ini apabila hendak membuat sesuatu. .
Yang sering dibengangkan oleh Mak Andeh ialah setiap kali balik kerumah mesti Pak Pandir membawa sekali taik yang dipijaknya. (..maklumlah zaman dulu-dulu mana ada jamban macam sekarang..) Oleh itu Mak Andeh selalu berkata supaya Pak Pandir berhati-hati, jangan sampai terpijak taik.
Nak dijadikan cerita. . suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. . entah macam mana. . ditengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. . tapi dia tu masih kompius sama ada betul ke benda yang dia jumpe tu seketul taik. . . .
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu. . . pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. . pak pandir menghampirkan hidungnye ke taik tersebut. . .
lalu dia berkata. . "bentuk macam taik". . lepas tu dia pegang pulak taik tu. . lalu dia berkata. . "lembik. . . macam taik". . lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. . . lepas tu dia berkata. . "bau macam taik". .
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. . . sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit. . . sambil meludah-ludah. . . .
"MEMANG TAIK. . NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK". .
Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gongok.
Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2.
Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si kodok berkata : "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "
Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"
Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"
Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "
Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....
Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"
Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"
Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"
Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......
Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.
Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"
Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"
Katak: "Jom..!"
Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.
Kura2: "Hah tu pon dia..!"
Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"
U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"
Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"
U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"