Misteri yang baru terungkap.
Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin),asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.
Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas."
Advertise here
Kisah betul ini berlaku kat Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun
Lepas(diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (samaran)...utkdijadikan teladan bagi kita yg masih hidupKawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta. Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya. Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuantersebut tidak mengendahkannya. Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya. Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya.Dalam ketakutan y ang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada... Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada...Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan.. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh Cap Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang...
err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..... kat Giant pun ader!!!! ..............ahaks!!
haha!!!jangan mara....basic je nie!!
HAMPIR tiga bulan kumpulan yang menggelarkan dirinya Naga Sari yang rata-rata kalangan kaki pancing dari Kota Tinggi, Sempang Renggam dan kawasan sekitarnya.
Kumpulan ini sering menempuh pelbagai peristiwa suka duka sama ada di laut, sungai, kolam dan tasik. Justeru, pengalaman mereka menjadi tebal dan sebati dalam jiwa mereka.
Badrul (bukan nama sebenar) anak jati Sempang Renggam mengetuai ekspedisi tiga hari dua malam di perairan Pulau Tokong Burung bersama lapan rakan pancing dari Kota Tinggi dan tanah rancangan Felda Nitar.
Bertitik tolak 20 tahun berlalu, tetapi cerita aneh mengheret misteri hingga sekarang ini. Namun Badrul yang ini sudah berusia 50 tahun masih mengingati detik-detik yang dikaitkan antara percaya dengan tidak. Tetapi hakikatnya peristiwa itu adalah satu kebenaran yang nyata dan berlaku di hadapan mata.
Hari itu adalah hari penentu arah tuju kumpulan mereka memancing di lokasi Tokong Burung kerana sudah hampir tiga bulan berulang alik di lokasi memancing yang sama tetapi hasilnya tidak berbaloi. Kami sudah cukup bosan dan kecewa, cerita Badrul lagi sambil memberi ingat kepada tekong bahawa ini adalah trip terakhir bagi mereka menggunakan khidmat tekong itu.
Kumpulan Naga Sari (kini sudah tidak wujud lagi) berlepas dari jeti nelayan di Penyabong, Endau dekat Mersing, awal pagi. Tekong Imran kini kena berhati-hati mencari lubuk atau tukun kerana hatinya juga terpanggil untuk memberi kepuasan kepada pemancing Kumpulan Naga Sari yang masih belum bertemu dengan rezeki tangkapan yang lumayan.
Lokasi kapal karam dan unjam tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Ada saja alasan yang menghalang.
Malam itu, mereka berehat. Semua kaki pancing menggantung joran. Tiada seorang pun yang memancing walaupun lokasi itu adalah tukun karang semula jadi yang menjadi tempat kerapu berumah kekal di situ.
Tekong Imran bersama pembantunya terpaksa membuat sesuatu. Sebelum menjelang subuh esoknya, bot Imran merapati ke Pulau Tokong Burung sekali lagi.
Kali ini tekong Imran berdiri di haluan botnya lalu memandang ke langit. Muka dan kepalanya penuh dengan tahi burung camar laut yang begitu banyak mendiami Tokong Burung.
Mereka yang sudah terjaga agak hairan melihat kelakuan tekong Imran, tambah Badrul lagi dan bangun membasuh muka.
Seekor burung camar laut yang berwarna putih kelabu bertenggek atas kepala tekong Imran dan kemudian terbang menghala satu arah ke timur lubuk kapal karam.
Burung camar laut berpatah balik dan terbang mengelilingi bot mereka dan terbang semula. Lalu bot tekong Imran mengikut burung itu. Sauh dilabuhkan di tempat burung camar menjunam ke laut beberapa kali dan terbang hilang menuju ke Pulau Tokong Burung.
Di lokasi itu, mereka bertarung dengan ikan jemuduk. Mereka tidak cukup tangan apabila seekor demi seekor ikan didaratkan hingga tidak sampai beberapa jam mereka sudah mengumpul tangkapan lebih dua tong merah.
“Woi! Berbaloi!” cerita Badrul sambil menggeleng-geleng kepala memandang penulis yang cuma dapat tersenyum.
Beliau terus menyambung cerita dengan wajah yang lebih berani. Katanya, sebaik saja ikan jemuduk mula tidak aktif lagi memburu umpan, datang semula burung camar laut yang sama mengelilingi bot beberapa kali. Ia kemudian terus menghalang di Pulau Seri Buat kemudian berpatah balik mendekati bot dan pergi semula ke pulau itu.
Tekong Imran mengarahkan semula pemancing menggulung tali pancing dan terus beredar ke Pulau Seri Buat mengikut burung berbulu putih kelabu yang masih terbang arah timur. Ia mendekati satu lubuk tepi pulau itu lalu menjunam beberapa kali dan kemudian terbang semula ke arah ke Pulau Tokong Burung.
Imran menurunkan sauh. Serentak dengan itu, ribut datang dengan tiba-tiba. Gelombang besar menguasai perairan laut tetapi tempat mereka berada selamat dan terlindung, cerita Badrul yang mengakui bahawa burung camar laut bukan burung sebarangan.
Beliau menyifatkan burung itu seekor burung penyelamat dan petunjuk arah terbaik untuk kumpulan mereka. Malah hingga sekarang ini pun jika pemancing bernasib baik akan bertemu dengan burung camar ini sambil menunjuk arah mendapat rezeki yang lumayan atau berlindung selamat dari ribut dan gelombang besar.
Namun misteri tetap misteri dan kepercayaan mesti berpijak atas kebenaran yang realiti.