GAMBAR eksklusif yang dirakam ketika di Sabah, Jun lalu.
KIRIMAN e-mel daripada seseorang yang ditujukan kepada pihak media benar-benar menggemparkan. Ia menceritakan pertengkaran yang berlaku antara Hans Isaac dengan kekasihnya di Damansara selepas mendapat tahu kekasihnya itu ada teman lelaki lain.
Difahamkan, kekasih Hans yang dimaksudkan itu ialah pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, 33, manakala buah hatinya yang baru dikatakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32.
Menurut satu sumber, Hans dikatakan pergi ke rumah Erra pada malam itu. Difahamkan, sepupu lelaki Erra membuka pintu selepas menyedari kehadiran Hans.
Sebaik Hans masuk ke dalam rumah, berlakulah pertengkaran antara dia dengan Erra selepas beberapa minit berbincang.
Pertengkaran berlarutan sehinggalah muncul lelaki yang dikatakan seorang VIP stesen penyiaran dari dalam rumah itu (Engku Emran).
Difahamkan, apabila Hans melihat keadaan itu, dia tidak menunggu lama, maka berlakulah pergaduhan antara dia dengan Emran. Perhatikan dalam gambar (bulatan merah), tangan kanan Hans yang cedera, mungkin kesan daripada pergaduhan itu.
Bintang Popular difahamkan, Hans sudah lebih setahun menjalin hubungan cinta dengan Erra namun mereka tidak pernah membuat sebarang pengakuan kepada pihak media gara-gara Erra keberatan mendedahkan perhubungan mereka kepada umum.
Namun, Hans khabarnya terlalu menyintai Erra malah sudah pun belajar mendalami Islam kerana dia merancang melamar Erra sebagai isterinya yang sah pada tahun depan.
Difahamkan, masing-masing sudah pun membeli kondominium di kawasan perumahan yang sama sebagai persediaan apabila mereka bergelar suami isteri kelak. Namun, Hans akhirnya kecewa gara-gara insiden pada malam itu apabila mendapati Erra menjalinkan hubungan dengan Emran.
Tambah sumber yang sama, Erra sudah menjalin hubungan rapat dengan Emran kira-kira empat bulan yang lalu dan mereka dikatakan bakal berkahwin selepas perhubungan mereka mendapat restu daripada ibu Erra.
Namun, Hans yang ditemui ketika menghadiri rakaman di TV9, di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa lalu, masih keberatan menyatakan sebarang nama yang terbabit dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada 1 Julai lalu itu.
Ikuti temubual eksklusif penulis bersama Hans berhubung kontroversi panas ini. Paparan mengenai pergolakan antara Hans dan kekasihnya boleh juga diikuti menerusi Melodi, hari ini jam 12.30 tengah hari di TV3 bersama wartawan terjah, Nas Ahmad.
Kami baru setahun bercinta: Hans
GAMBAR terbaru Hans Isaac
yang ditemui selepas
menjalani rakaman di TV9,
Seri Pentas.
“SAYA tak nak mengesahkan apa-apa, tapi perkara yang anda (penulis) ceritakan kepada saya sebentar tadi, benda itu sudah berlaku ke atas diri saya. Saya tak boleh cakap bila, siapa orang yang dimaksudkan itu, saya minta maaf.
Saya tak mahu cakap banyak kerana ia membabitkan kehidupan orang lain.
Saya bukan artis yang suka bercakap siapa teman wanita saya, saya dah matang. Saya patut simpan perkara itu untuk diri saya. Saya minta maaf jika selama ini saya tak mengaku siapa teman wanita saya.
Mungkin apa yang dia nak dalam hidupnya, tak dapat daripada saya.
Saya dah berkawan dengan dia lama, tapi bercinta baru setahun lebih.
Apabila terjadinya perkara seumpamanya itu, saya tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin saya yang salah, saya kena cari kesalahan itu dalam diri saya. Mungkin saya tak cukup baik untuk dirinya.
Kami masing-masing sibuk. Kami juga dah cukup matang dan tahu menjaga diri masing-masing.
Kami akan jadi kawan. Kalau saya lihat dia bahagia dengan lelaki ini, saya tumpang gembira. Orang yang pernah saya sayang berjumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada saya.
Erra shooting, enggan diganggu
SEMENTARA itu, penulis bersama Nas Ahmad berjaya menjejaki bekas kekasih Hans yang dikatakan aktres terkenal Erra Fazira di lokasi penggambaran filem usaha sama Bollywood dan Hollywood, Hidden di sebuah rumah di Gombak, Selangor pada hari yang sama untuk mendapatkan penjelasannya.
Sebelum itu, kehadiran penulis di lokasi berkenaan berjaya dihidu pembantu peribadi Erra, Syed Badrul Hisham. Sejurus menjejakkan kaki ke dalam rumah di mana penggambaran akan berlangsung, penulis menerima panggilan telefon daripada Syed.
NAS Melodi dan penulis berkejar ke lokasi Hidden.
Ternyata, daripada perbualannya, Syed tidak senang dengan ke hadiran penulis yang berusaha menjejaki Erra.
Namun, penulis tidak mempedulikan kata-katanya itu lalu menunggu dengan harapan dapat bertemu Erra yang ketika itu dikatakan berehat dalam rumah berkenaan.
Hampir 20 minit menunggu , penulis akhirnya didatangi Sheila Sandhu dan memperkenalkan dirinya sebagai Pengarah Urusan, N’six Entertainments Sdn Bhd iaitu wakil produksi pembikinan filem Hidden.
Katanya, Erra keberatan menemui pihak media kerana tidak mahu tumpuan nya terhadap lakonan, terganggu.
“Erra akan menjalani penggambaran sebentar lagi dan dia tidak mahu diganggu. Saya hanya boleh bercakap hal-hal yang berhubung dengan pembikinan Hidden dan saya tidak boleh mencampuri urus an peribadinya.
“Kami juga akan mengadakan sidang media apabila Hidden sudah disiapkan.
Ketika itu anda semua boleh bertanya apa saja soalan,” kata Sheila yang sedia memberikan kerjasamanya, namun tidak mampu menemukan penulis dengan Erra.
Ke esokan hari, penulis menemui Engku Emran di pejabatnya selepas menghadiri satu sidang media.
“Saya tidak m enafikan perkara yang sahih, tapi apapun yang terjadi, ia urusan peribadi saya. Saya masih mempunyai ibu dan ayah. Jika saya hendak berkahwin sekalipun, mereka adalah orang pertama yang akan saya beritahu,” kata Emran.
Mengenai dakwaan Hans yang mengatakan Err a b akal berkahwin dengan Emr an, dia tidak mahu mengulas lanjut kerana menganggap ke nyataan itu bukan datang daripada dirinya.
“Cukuplah, saya menghormati diri dan kerjaya anda. Saya harap anda juga menghormati saya dan kerjaya saya ,” katanya lalu meminta diri untuk menghadiri satu majlis rasmi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Info & kronologi sejarah percintaan Erra