"U all tau... Mawi tak akan dapat
membela bangsa kita mahu pun mendidik
anak-anak kita menjadi insan yang
soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred
3 SPM... hanya media yg berjaya
menyeret dia untuk meraih rezeki yg
kebanyakan ulama mempertikaikan status
halalnya... dari seorang yg kononnya
berakhlak dan beragama dia dibentuk
menjadi seorang yg bebas dari belenggu
syariat... namun tangan-tangan kotor
telah berjaya menyarungkan jubah konvo
yang hanya layak di pakai oleh insan
yang cemerlang dalam pendidikan...
tidak hairan para remaja mula
berhujah: " masuk universiti tak dapat
keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi
dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo
jugak..lebih kaya dari lulusan
universiti"... . sukar untuk
menjawabnya. Nun di sana..ada seorang
insan comel..bernama Adi Putra... punya
kecemerlangan dalam bidang Math yg
sukar dicapai oleh walau seorang
siswa... beliau dgn petah memberitahu
bahawa dia ingin menjadi seorang
Profesor Mathematic Islam, dia sangat
taat dalam agama..tekun dalam
mempelajari syariat Allah... namun
tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita
ambil peduli... bahkan dicari pula
kelemahan Adi yg kononnya hanya terer
dlm satu bidang saja..perlu
diingat..profesor universiti pun hanya
pakar dalam satu bidang saja... mana
ada pakar doktor perubatan dlm masa yg
sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi
atas keinginan untuk mengenepikan
Adi... berbagai alasan di buat...
akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari
arah sendiri dalam menentukan masa
depan pelajaran dan cita-cita Islam
Adi... Muncul pula adik Nor Amiira...
yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran
seusia 10 tahun ... dia mula membaca
dan menghafalnya ketika usia 5 tahun...
dalam satu pertandingan hafazan dia
telah mendapat tempat kedua ... peserta
semuanya berusia 15 tahun ke atas...
cerita itu terus sepi... "media"
dan "pemimpin" kita tidak berminat
mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada
juga bantuan yg diberikan... tetapi
perlu diingat: ada insan seperti
amalina yang mendapat 17A SPM telah
diberikan penghormatan yg tinggi dan
biasiswa untuk belajar di luar negara (
sekarang dah tak pakai tudung), tak
kurang juga Sophia yg duduk di London
tu mendapat juga penghormatan
negara..di jaja ceritanya tak habis-
habis di TV kita suatu masa dulu yg
sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga
media dan pemimpin kita kan?... Inilah
yg perlu kita cari titik perbezaan dan
persamaannya... sama-sama kita
renungkan:
Adi dan Amira membawa cita-cita
keislaman dan bakal membawa pembaharuan
jika di beri peluang... maka mereka
tidak mendapat apa-apa preveilege.
MAWI membawa bangsa kita leka dan
nyanyuk maka dia mendapat tempat dan
penghargaan. Amalina dah jadi bahan
jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai
tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia
tidak lagi membawa apa-apa mesej
Islam... boleh di sokong. Sophia (
bukan warga kita) mak melayu ayah org
asing juga mendapat layanan dan
kemuliaan sebab tiada membawa apa2
mesej Islam... so mesti dia beri
sokongan. Dengan itu dapatlah kita
faham... . bangsa kita ini hanya akan
memuliakan anak-anak kita yang berjaya
dalam "hiburan' dan " menolak syariat".
Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan
Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa
dan negara ini..
Advertise here
LANGKAWI: Anak perempuan kepada seorang pelakon dan pengacara televisyen dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah kondominium di pekan Kuah di sini, awal pagi semalam.
Wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Kota Damansara, Selangor itu ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) pada jam 6.15 pagi di rumah sewanya itu.
Sumber Padal berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas rumah berkenaan kira-kira jam 5 pagi.
Katanya, penguat kuasa Padal mendapati keadaan dalam dan luar rumah itu gelap serta pintu berkunci dari dalam.
Beliau berkata, anggota penguat kuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali tetapi tidak dibuka sesiapa.“Ketika itu, kami ternampak kelibat seorang lelaki yang keluar melalui tingkap di tingkat bawah dan cuba melarikan diri tetapi gagal apabila berjaya ditahan anggota kami yang turut disertai seorang anggota polis.
“Selepas disoal, lelaki itu didapati bukan Islam berusia 21 tahun yang berasal dari pulau ini dan hanya berbaju-T dan berseluar pendek,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber berkata, anggotanya mengarahkan lelaki itu supaya menghubungi wanita berkenaan yang masih berada di dalam rumah itu.
Katanya, selepas menunggu hampir 45 minit, pihaknya terpaksa mengumpil pintu rumah berkenaan selepas mendapat waran geledah dari mahkamah berikutan wanita itu enggan membuka pintu.
Selepas pintu dibuka, wanita yang memakai baju-T dan berseluar panjang itu berpura-pura terkejut melihat kehadiran penguat kuasa serta anggota polis.
“Wanita itu memberi alasan tinggal di rumah itu bersama seorang lagi rakannya dan mendakwa pasangannya itu tinggal di rumah lain sedangkan hasil siasatan mendapati pasangan itu tinggal serumah sejak dua bulan lalu.
“Wanita itu bekerja sebagai pengurus kelab malam di sebuah hotel di Tanjung Rhu dan mengenali pasangannya itu sejak mula bekerja, dua bulan lalu.
“Dia kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut manakala pasangannya pula dibebaskan kerana bukan Islam,” katanya.
Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dia akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Langkawi pada 24 September ini.
Kisah ini kononnya berlaku semasa penggambaran sebuah drama di Kuantan. Kedua-dua pelakon ini dikatakan akan berlakon bersama. Pada asalnya kedua-dua pelakon ini menunjukkan sikap yang profesional. Tetapi entah mana silapnya mereka mula naik angin.
Punca pergaduhan dikatakan bermula dengan rasa tidak puas hati. Insiden bermula apabila seorang daripada mereka asyik mengata dan memburukkan kawannya di belakang. Pelakon seorang lagi ni mulalah tarik muka masam dan tidak bertegur sapa.
Apabila keadaan semakin panas, hal dan kesilapan kecil menjadi besar dan perang mulut pun berlaku. Apa lagi adegan tarik-menarik rambut pun berlaku. Kecoh lokasi penggambaran dibuatnya.
Ngapa jadi macam ni Kuza pada zahirnya tampak lemah lembut, cool dan tak mudah naik angin. Maria pulak bukan kaki gaduh. Tapi cam mana mereka boleh bergaduh?
Read More »» KISAH personaliti radio tak bercoli ketika bertugas di konti, diperkatakan lagi! Jika ada yang masih ingat, sedikit masa lalu di ruangan ini, Zubir ada memaparkan kisah si penyampai radio di sebuah stesen radio popular gemar berpakaian seksi, selain tak kisah apabila dengan muka selamba, dia bersiaran tanpa memakai coli.
Ramai jugalah yang bertanyakan kepada Zubir, siapakah gerangan penyampai radio yang Zubir maksudkan itu, tapi tak mudah Zubir membuka aib orang, rahsia okey!.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ini ketika Zubir melepak di sebuah majlis yang turut dihadiri ramai personaliti TV dan radio, sekali lagi Zubir dihujani pertanyaan, siapakah penyampai radio yang berani mati tu? Zubir teropong juga kalau-kalau yang bertanya tu, penyampai radio yang Zubir maksudkan selama ini, tapi jangkaan Zubir meleset apabila yang empunya diri tak hadir pada majlis berkenaan.
Personaliti radio wanita pula lebih gemar menuding jari antara satu sama lain di kalangan rakan setugas, tapi semuanya tak mengaku. Dah jadi bahan lawak jenaka pula. “Haa! Kaulah yang tak pakai coli tu!” “Eh, apa pulak aku, kaulah yang selalu tak pakai coli!” “Sorry beb, kaulah, jangan nak tuduh-tuduh orang pulak!” Itulah antara dialog yang Zubir dengar dari satu sudut. Zubir sekadar tersenyum kerana tuan punya badan bukannya ada kat situ pun, tiba-tiba keadaan boleh jadi kecoh.
Supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, Zubir pun memberitahu mereka bahawa personaliti radio yang Zubir maksudkan itu sebenarnya tidak menghadiri majlis makan-makan berkenaan. Sejurus kemudian, barulah Zubir nampak di bibir personaliti radio wanita terbit bunga-bunga cinta, senyum sampai ke telinga. Agaknya barulah mereka berasa lega apabila tuduhan yang memalukan itu tidak ada kena mengena dengan diri mereka.
Pun begitu, Zubir dengar cerita, penyampai radio yang dikatakan tidak bercoli ketika bertugas di konti itu, rupa-rupanya dalam diam dia sudah pun mengadakan ‘sidang media’ tergempar di kalangan teman rapatnya, membuat pengakuan bukan dia yang dimaksudkan personaliti seksi dan tidak bercoli itu, Katanya lagi, cerita seumpama itu sengaja direka-reka dengan niat untuk mencalarkan imejnya saja.
“Alaa, cerita tu keluar sebab ada orang dengki dengan I. Yalah, I aje yang meletup kat dalam konti tu, jadi yang lain-lain tu makan hatilah! Mulalah tabur fitnah, tabur cerita bukan-bukan,” lebih kurang begitulah kata-kata personaliti radio yang Zubir maksudkan itu.
Tolonglah! Bagi Zubir, penjelasan seumpama itu sekadar nak cover line saja. Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin bertiup. Dah jadi lumrah manusia, siapa yang nak mengaku. Cuma yang empunya diri saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi, ramai jugalah yang dah menonton aksi terlampau personaliti radio itu ketika dia beraksi manja ketika menekan butang paneling di dalam konti berkenaan. Biasalah, dalam konti, ibarat hidup dalam akuarium, apa yang kita buat kat dalam tu, semua orang nampak.
Terpulang, bukan niat Zubir supaya personaliti radio itu mengaku secara terbuka, tapi sekurang-kurangnya, jika dia makan cili, sendiri rasalah pedasnya. Tak perlulah kelam kabut sampai kena buat ‘sidang media’, cool sajalah! Selagi awak tu tak muncul dalam sebarang rancangan TV, anda bebas untuk berpakaian apa saja, termasuklah kalau nak seksi gila. Tapi, kalau dah ke tempat kerja tu, berpada-padalah, janganlah sampai orang lain tak boleh buat kerja!
Kami bercium bukan sekadar suka-suka
Posted by princecrackerModernist | 4:49 AM | artis, ashraf sinclair Ashraf akhirnya mengaku bercumbu di tepi pantai di Bali. Tapi, kenapa dia keterlaluan berkelakuan begitu? Jom semuka bersamanya
“SEBELUM bertemu Bunga Citra Lestari (BCL) saya single. Saya break off dengan bekas teman wanita saya awal 2006, dah lama solo. Masa break off tu saya cakap dengan diri sendiri, saya nak fokus kerjaya saja. Sehinggalah BCL berkunjung ke Kuala Lumpur April lalu untuk mempromosikan album sulungnya, saya diminta menemubualnya untuk Beat TV.
Ketika temubual itu, pertama kali saya gugup apabila berdepan dengan artis. Rasa macam pertama kali menemubual artis. Masa tu, apabila saya buat silap, saya tak boleh nak cover, jika tidak, sebelum ni saya boleh selitkan dengan jenaka untuk tutup kesilapan tu. Dari situ saya dah rasakan sesuatu. Saya pun mendapatkan nombor telefonnya.
Bermula dari situlah kami mula berhubungan. Kami kenal sekitar April dan sehingga kini kami dah menjalin hubungan serius kira-kira tiga bulan. Saya melamar BCL kira-kira sebulan selepas saya mengenalinya.
Saya tertarik dengan BCL kerana dia memiliki kekuatan diri sendiri, fokus dan wawasannya memajukan diri. Dia sentiasa mencari sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya. Saya juga seperti dirinya, sentiasa mencari pembaharuan dalam hidup. Bagi saya, maksud cinta ialah dua insan yang sering bersama untuk kebaikan dan kemajuan diri sendiri. Antara kami saling bantu membantu.
Mengenai penerimaan keluarga, mak dan ayah saya sudah berpeluang menemui BCL. Alhamdulillah mak, ayah saya menerima BCL seadanya. Mereka merestui perhubungan kami. Saya sendiri sudah menemui orang tua BCL di Jakarta, Indonesia. Mereka juga tidak menghalang persahabatan kami dan pada masa sama mereka ingin mengenali saya lebih dalam.
Saya akui, perasaan takut apabila menjalin perhubungan dengan BCL memang ada, maklumlah dirinya cantik, popular, dia sering dikaitkan dengan ramai artis lelaki popular. Tapi biasalah, apabila kita dah suka seseorang tu, perasaan begitu memang sentiasa ada. Kita tak pasti lagi sama ada pilihan kita tu betul ke tidak.
Bagi saya, saya tak nak fikir benda-benda tu, saya tak kisah. Kehidupan masa lalu, itulah yang menjadikan BCL hari ini. Mungkin apa yang pernah dilaluinya memberinya semangat dan kekuatan yang dia tunjukkan hari ini. Cerita silam BCL, saya tak nak ambil tahu. Yang penting bagi saya, perasaan BCL hari ini dan perancangannya untuk masa depan.
Saya mencintai BCL sepenuh perasaan. Apa-apa cerita negatif mengenai dirinya, saya akan buang jauh-jauh. Apabila saya mengenali BCL, saya nak tahu mengenai dirinya hari ini, bukan sejarah lampaunya.
Apabila terbit perasaan cinta, kami mengambil peluang untuk bertemu jika masing-masing ada kelapangan sama ada di sini (Kuala Lumpur) mahupun di Jakarta. Kadang-kadang benda-benda kecil, contohnya kami tengok wayang bersama, rasa macam benda besar sangat, maklumlah bukan senang nak jumpa, jauh!
Selepas beberapa pertemuan, akhirnya sekitar Ogos lalu, saya bersama BCL, bercuti di Pulau Bali. Ketika itu BCL ada show di sana dan saya pergi untuk beri sokongan, saya tak pernah lagi tengok dia buat show sebelum ini. Selesai kerja, hari berikutnya kami bercadang ke Pantai Dreamland. Kami berjalan-jalan di tepi pantai.
Saya mengaku, gambar yang tersebar di Internet dan yang disiarkan menerusi Metro Ahad baru-baru ini, adalah gambar saya bersama BCL. Apa yang berlaku, waktu itu petang. Kawan-kawan kami juga ramai di situ. Kami lepak, mandi laut, mandi matahari, bersantai. Waktu yang berlaku itu (bercium) adalah waktu matahari nak terbenam.
Kami ke tepi pantai, tengok matahari terbenam. Perasaan ketika itu memang romantik. Rasa macam best sangat, kami berada di Bali, matahari terbenam. Boleh dikatakan, pada ketika itu, saya lupa yang diri ini seorang personaliti. Maka berlakulah perkara itu (bercium). Maklumlah, masing-masing darah muda.
Jurugambar yang ambil gambar kami tu pun, kami langsung tak nampak. Ia mungkin dilakukan sekumpulan paparazzi. Apabila saya dapat tahu gambar itu sudah tersebar, saya terus menghubungi ayah dan mak. Ayah saya minta buatlah apa yang sepatutnya dan bertanggungjawab. Mak saya pun sama, dia minta saya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab. Maka, berlakulah sidang akhbar seperti hari ini.
Tapi, siapa yang suka kalau kehidupan peribadi kita didedahkan seperti itu. Apabila berlakunya perkara itu, tak siapa yang rasa bangga atau seronok. Memang saya kesal. Sepatutnya saya lebih berhati-hari. Di sini, memang saya ingin meminta maaf kerana saya tahu, gambar yang tersebar itu boleh menyinggung perasaan rakyat Malaysia.
Sebelum ini memang saya tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi, tapi apa yang berlaku (bercium) itu tidak terjadi sewenang-wenangnya kerana ia dilakukan dalam satu perasaan yang penuh dengan cinta. Apa yang saya lakukan, bukan sekadar nak suka-suka, tapi disertai dengan perasaan. Saya tak boleh nafikan perkara itu.
Apa yang berlaku ini, saya belajar dari kesilapan. Saya perlu ingatkan diri saya dan bagaimana situasi saya dengan BCL. Ada ramai orang sekeliling dan saya perlu memikirkan sensitiviti pihak lain. Tapi, bagi diri BCL dan keluarganya, mereka di Jakarta, perkara seperti itu biasa. Filem mereka pun ada adegan cium. Tapi, masyarakat di Malaysia lain penerimaannya.
Selepas apa yang berlaku ini, Insya-Allah perhubungan kami akan bertambah kuat. Ini satu rintangan yang harus kita atasi. Apa yang berlaku, saya percaya ada hikmahnya. Saya pernah beritahu BCL, saya serius dengannya. Dia pun sama, serius dalam perhubungan kami. Apabila dua-dua dah serius, kita fokus agar percintaan ini akan disulami dengan perkahwinan.
Tapi, seandainya takdir menentukan suatu hari nanti kami hanya jadi kawan baik, saya terima seadanya.”
Info: Ashraf Sinclair
buah-buah pelik
Posted by Sharing Is Caring | 4:12 PM | art, artis, buah, design, hot picture, photoshopGambar Percutian Ct dan Dato K
Posted by princecrackerModernist | 12:01 PM | artis, hot picture, umumX abes lg ke kisah hans ni..
Posted by princecrackerModernist | 11:53 AM | artis, gossip, hot pictureHendak bagi kenyataan janganlah menipu lagi'
Kontroversi cinta tiga segi Hans - Erra - Emran terus diperkata. Terbaru
Hans mendakwa Erra terus berikan kenyataan tidak benar mengenai hubungan
mereka
“SAYA akui, dalam Melodi TV3 baru-baru ini, saya pernah mengatakan, saya
tak akan bercakap mengenai perkara (kemelut percintaan bersama Erra) ini
lagi. Saya juga dah berbincang dengan Erra, kami tak akan berbincang
mengenai isu ini lagi, sebaliknya meneruskan perjalanan seni kita.
Namun, apabila Erra tampil dengan kenyataan terbarunya dalam sebuah akhbar
mingguan terbitan 15 Julai lalu, sekali lagi banyak perkara tidak benar
mengenai perhubungan kami diperkatakannya. Maruah saya tercalar kerana ada
pihak yang mengatakan saya terlalu emosional ketika berhadapan dengan isu
ini.
Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di
Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang
saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong
pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu
seperti yang didakwa Erra sebelum ini.
Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional
apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu.
Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan
masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran
dah berlaku lama.
Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan,
janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan
kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra
masih menidakkan perkara sebenar.
Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat
dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya
lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu.
Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.
Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh
8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans
but it was not to the stage of being in love. We were still trying to
figure out our compatibility.”
Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006
yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a
wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30
September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my
sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust
you 100 percent”.
(Embedded image moved to file: pic21994.jpg)
Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang
penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri.
Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih
mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan
menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah
mulai renggang bersama saya.
Layari laman web saya, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian
kami di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau
Mataking. Kami bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti
selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama
ada kami bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh
percutian kami dan aktiviti selam skuba itu.
Yang peliknya lagi, dalam kebanyakan kenyataan Erra di media sebelum ini,
dia mengatakan dia memaafkan saya di atas perbuatan saya pada malam itu (1
Julai) iaitu apabila saya ke rumahnya, mendapati Emran ada di sana dan
memukulnya. Kenapa pula Erra perlu memaafkan saya? Bagi saya, tak perlu.
Saya sedia untuk ditemubual kali ini kerana saya tak mahu lagi Erra terus
memberikan kenyataan tidak benar kepada media, sekali gus menipu pembaca
dan orang ramai.
Saya tak mahu maruah saya terus diperkotak-katikkan oleh peminat Erra atau
wartawan yang mempersoalkan kenapa saya terlalu emosional. Soal Erra nak
bercinta dengan siapa, terpulang, itu hak dia.
Saya harap ini adalah kenyataan terakhir daripada saya. Erra pula, cukuplah
dengan cerita pembohongannya. Janganlah dia terus menipu pembaca dan
peminatnya sendiri termasuklah wartawan. Janganlah terus menyalahkan saya,
selepas itu memaafkannya, cukuplah.
Wartawan juga janganlah terus mengatakan saya ni emosional. Kalau kejadian
seumpama ini terjadi pada diri anda, anda akan tahu sendiri. Ini
membabitkan maruah diri dan keluarga. Apabila orang menipu menggunakan nama
saya, saya harus berdiri di hadapan dan tunjukkan kebenarannya.
Saya pernah cakap pada Erra, kalau dia terus menipu, saya akan tunjukkan
bukti untuk menceritakan keadaan sebenar.
Sementara itu, saya ada satu filem bekerjasama dengan Erra iaitu Cuci
apabila saya bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon. Cuci
dijangka memulakan kempen promosinya penghujung tahun ini. Erra pula
digalakkan untuk turut mempromosikan Cuci.
Kehadirannya amat dialu-alukan. Bagi saya, hal peribadi tetap peribadi,
tapi apabila tiba waktu bekerja, kita profesional. Ini adalah kerja, tempat
cari makan. Seandainya Erra tak datang promosi Cuci, terpulanglah pada dia.
Tapi, saya rasa Erra akan beri kerjasamanya kerana dia seorang yang
profesional.
Saya harap isu ini akan segera berakhir, penatlah! Sekiranya Erra terus
membuat kenyataan penafiannya terhadap segala SMS dan gambar yang disiarkan
hari ini, saya akan terus memberikan bukti, ada banyak lagi.
Saya harap Erra jangan buat kenyataan lagi kerana jika ada pembohongan
dalam kenyataan seterusnya, keadaan akan jadi lebih teruk. Jangan paksa
saya untuk balas balik kenyataannya, kalau terus berlanjutan begini, isu
ini tak akan selesai. Jangan gali lubang lebih dalam untuk diri sendiri,
cukuplah.”
Zubir benar-benar tak faham, penyampai radio remaja ni, setahu Zubir ada teman lelaki dan sudah dua, tiga kali bertukar pasangan teman lelakinya sejak dia menyertai stesen radio berkenaan, beberapa tahun lalu. Pastinya orang ingat penyampai radio ini, gadis normal, tapi jangan disangka air yang tenang tak ada buaya!
Ketika Zubir sedang menjamu selera di sebuah medan selera popular di sekitar Ampang, nama penyampai radio ini tiba-tiba terpacul daripada mulut salah seorang kenalan Zubir.
“Abang Zubir jangan tak tahu, si X (penyampai radio) tu dual band, lelaki pun dia minat, perempuan pun dia tak tolak. Mula-mula saya sendiri susah nak percaya sebab si X ni pernah mengadu, cintanya terhadap sang lelaki, beberapa kali didustai.
“Nak dijadikan cerita bang, kawan perempuan saya ni memang minat gila pada X. Biasalah bang, kawan saya ni cun sikit, muka ala-ala amoi Cina. Suatu hari tu, kawan saya ni terserempak dengan X kat satu tempat makan, kat Ampang jugalah. Apabila dah nampak X pun berada di situ bersama beberapa teman wanitanya, dia pun sapalah.
“Happynya kawan saya tu bang, Tuhan saja yang tahu kerana senyuman dan tegurannya terhadap X mendapat balasan. Dah tengok macam tu, X menerima kehadirannya, kawan saya pun duduklah di sebelah X selepas mendapat pelawaannya.
“Mula-mula tu sembang elok saja, tapi lama kelamaan, kawan saya ni terasa pahanya diraba, makin lama makin ke bawah. Apa lagi, kawan saya ni terus angkat kakilah, blah!” cerita seorang sumber kepada Zubir.
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan luarannya yang cantik, tapi isi kat dalam, mangkor macam durian!










































