LANGKAWI: Anak perempuan kepada seorang pelakon dan pengacara televisyen dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah kondominium di pekan Kuah di sini, awal pagi semalam.
Wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Kota Damansara, Selangor itu ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) pada jam 6.15 pagi di rumah sewanya itu.
Sumber Padal berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas rumah berkenaan kira-kira jam 5 pagi.
Katanya, penguat kuasa Padal mendapati keadaan dalam dan luar rumah itu gelap serta pintu berkunci dari dalam.
Beliau berkata, anggota penguat kuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali tetapi tidak dibuka sesiapa.“Ketika itu, kami ternampak kelibat seorang lelaki yang keluar melalui tingkap di tingkat bawah dan cuba melarikan diri tetapi gagal apabila berjaya ditahan anggota kami yang turut disertai seorang anggota polis.
“Selepas disoal, lelaki itu didapati bukan Islam berusia 21 tahun yang berasal dari pulau ini dan hanya berbaju-T dan berseluar pendek,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber berkata, anggotanya mengarahkan lelaki itu supaya menghubungi wanita berkenaan yang masih berada di dalam rumah itu.
Katanya, selepas menunggu hampir 45 minit, pihaknya terpaksa mengumpil pintu rumah berkenaan selepas mendapat waran geledah dari mahkamah berikutan wanita itu enggan membuka pintu.
Selepas pintu dibuka, wanita yang memakai baju-T dan berseluar panjang itu berpura-pura terkejut melihat kehadiran penguat kuasa serta anggota polis.
“Wanita itu memberi alasan tinggal di rumah itu bersama seorang lagi rakannya dan mendakwa pasangannya itu tinggal di rumah lain sedangkan hasil siasatan mendapati pasangan itu tinggal serumah sejak dua bulan lalu.
“Wanita itu bekerja sebagai pengurus kelab malam di sebuah hotel di Tanjung Rhu dan mengenali pasangannya itu sejak mula bekerja, dua bulan lalu.
“Dia kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut manakala pasangannya pula dibebaskan kerana bukan Islam,” katanya.
Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dia akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Langkawi pada 24 September ini.
Advertise here
Showing posts with label khalwat. Show all posts
Showing posts with label khalwat. Show all posts
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) serta pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya.” (al-Maidah: 2)
Ayat ini menjadi prinsip asas manusia dalam mencorakkan kehidupan cemerlang dunia dan akhirat dengan menjauhkan perbuatan mungkar.
Ia menjadi konsep “amar makruf nahi mungkar” terutama pihak yang mahu menegak kebaikan dan membanteras keburukan.
Namun, apabila dikaitkan dengan usaha mencegah kemungkaran, timbul beberapa persoalan.
Ada pihak memberikan tafsiran bahawa prinsip ‘amar makruf nahi mungkar’ hanya boleh dilaksanakan apabila kesalahan dan jenayah dilakukan secara terbuka.
Dalam kes khalwat misalnya, tindakan mengadu, mengintip dan mencari pasangan untuk ditahan atas kesalahan itu tidak disenangi pihak tertentu malah dianggap memalukan Islam dan dianggap sebagai menceroboh.
Justeru, apakah konsep amar makruf nahi mungkar tidak diperlukan dalam kesalahan tertutup? Jika benar, bagaimana dengan kes khalwat, kerana ia tidak berlaku di tempat terbuka?
Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurhidayah Muhd Hashim, berkata konsep amar makruf nahi mungkar sangat jelas dalam Islam, malah diperkuatkan lagi dengan hadis Nabi.
“Nabi bersabda sesiapa yang tengok kemungkaran kena cegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, tegah dengan lidah dan jika tidak mampu lagi dengan hati, iaitu membenci perbuatan mungkar itu,” katanya.
Menurutnya, jika mahu menguatkuasa konsep ini perlu memahami betul-betul dan jika ada kecacatan dalam prosedur, ia perlu dibetulkan secara bersama.
“Ada yang tidak setuju tindakan mengadu dan mengintip mereka yang melakukan kesalahan kerana dianggap menceroboh hak mereka, justeru bagaimana mahu menguatkuasakan undang-undang?
“Jika tiada aduan maksiat akan berleluasa. Kita faham teguran sesetengah pihak baru-baru ini, tetapi perlu dilakukan secara berhemah, bukan menolak terus,” katanya.
Katanya, konsep ‘amar makruf dan nahi mungkar’ sukar diaplikasikan jika hanya menunggu kesalahan di depan mata, kerana mereka yang terbabit lebih licik malah menggunakan pelbagai cara melakukan maksiat.
“Jika penguatkuasa tidak boleh ke hotel untuk membanteras maksiat, tempat itu menjadi tempat selamat bagi golongan atasan, manakala golongan bawahan yang tidak berduit mudah dicekup,” katanya.
Mengenai pengadu maksiat katanya, mereka jangan ada kepentingan lain seperti ganjaran, sebaliknya mempunyai kesedaran untuk mencegah kemungkaran.
“Jika semua pihak mempunyai kesedaran konsep amar makruf dan nahi mungkar, ia mudah diamalkan di pelbagai peringkat tanpa banyak masalah,” katanya.
Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang Universiti Malaya, Dr Siti Zubaidah Ismail, berkata tindakan penguat kuasa ke bilik hotel untuk melakukan pencegahan perbuatan mungkar adalah tepat.
“Penguat kuasa perlu ada, cuma pihak berkuasa perlu memastikan prosedur penguatkuasaan di perbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.
Menurutnya, dari 2003 hingga tahun lalu, 456 kes khalwat dilaporkan di Wilayah Persekutuan berbanding 21 kes pelacuran dan 72 kes berjudi.
“Peningkatan kes khalwat kerana banyak aduan. Penguatkuasa menyerbu hotel kerana aduan, bukan untuk mengintip,” katanya.
Beliau berkata, dalam menguatkuasakan undang-undang ini, ia memerlukan garis panduan supaya tidak berlaku kesilapan seperti perbuatan merakam gambar mereka yang disyaki terbabit maksiat.
“Tidak boleh rakam gambar macam itu, hukumnya haram kerana mendedah aib orang. Tidak boleh juga merakam gambar dengan tujuan orang terbabit mengaku salah.
“Jika gambar dirakamkan kerana hendak dikemukakan ke mahkamah, kewujudan gambar itu sendiri tidak boleh menjadi bukti semata-mata, malah boleh dipersoalkan dan tertuduh boleh menafikannya,” katanya.
Mengenai ganjaran kepada pengadu kes, katanya ia tertakluk bawah Seksyen 228 bahawa mahkamah boleh memberikan kepada pemberi maklumat tetapi bergantung pada mahkamah memberikannya berapa peratus dari denda pesalah.
“Tetapi, jika ada pihak mengatakan tindakan itu juga memberi galakan orang mengadu, itu persepsilah. Ini kerana yang membayar ganjaran itu di peringkat mahkamah,” katanya.
Setiausaha Majlis Penasihat Syariah sebuah institusi kewangan antarabangsa, Zaharuddin Abd Rahman, berkata beberapa garis panduan perlu dalam mengalipkasikan konsep amar makruf nahi mungkar. Read More »»
Subscribe to:
Posts (Atom)