Advertise here

Showing posts with label gossip. Show all posts
Showing posts with label gossip. Show all posts

Ronaldo and Bipasha

Posted by princecrackerModernist | 5:52 PM | , ,





Read More »»

X abes lg ke kisah hans ni..

Posted by princecrackerModernist | 11:53 AM | , ,

Hendak bagi kenyataan janganlah menipu lagi'



Kontroversi cinta tiga segi Hans - Erra - Emran terus diperkata. Terbaru
Hans mendakwa Erra terus berikan kenyataan tidak benar mengenai hubungan
mereka

“SAYA akui, dalam Melodi TV3 baru-baru ini, saya pernah mengatakan, saya
tak akan bercakap mengenai perkara (kemelut percintaan bersama Erra) ini
lagi. Saya juga dah berbincang dengan Erra, kami tak akan berbincang
mengenai isu ini lagi, sebaliknya meneruskan perjalanan seni kita.

Namun, apabila Erra tampil dengan kenyataan terbarunya dalam sebuah akhbar
mingguan terbitan 15 Julai lalu, sekali lagi banyak perkara tidak benar
mengenai perhubungan kami diperkatakannya. Maruah saya tercalar kerana ada
pihak yang mengatakan saya terlalu emosional ketika berhadapan dengan isu
ini.

Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di
Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang
saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong
pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu
seperti yang didakwa Erra sebelum ini.

Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional
apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu.
Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan
masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran
dah berlaku lama.

Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan,
janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan
kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra
masih menidakkan perkara sebenar.

Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat
dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya
lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu.
Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.

Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh
8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans
but it was not to the stage of being in love. We were still trying to
figure out our compatibility.”
Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006
yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a
wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30
September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my
sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust
you 100 percent”.


(Embedded image moved to file: pic21994.jpg)
Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang
penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri.
Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih
mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan
menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah
mulai renggang bersama saya.

Layari laman web saya, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian
kami di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau
Mataking. Kami bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti
selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama
ada kami bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh
percutian kami dan aktiviti selam skuba itu.

Yang peliknya lagi, dalam kebanyakan kenyataan Erra di media sebelum ini,
dia mengatakan dia memaafkan saya di atas perbuatan saya pada malam itu (1
Julai) iaitu apabila saya ke rumahnya, mendapati Emran ada di sana dan
memukulnya. Kenapa pula Erra perlu memaafkan saya? Bagi saya, tak perlu.

Saya sedia untuk ditemubual kali ini kerana saya tak mahu lagi Erra terus
memberikan kenyataan tidak benar kepada media, sekali gus menipu pembaca
dan orang ramai.

Saya tak mahu maruah saya terus diperkotak-katikkan oleh peminat Erra atau
wartawan yang mempersoalkan kenapa saya terlalu emosional. Soal Erra nak
bercinta dengan siapa, terpulang, itu hak dia.

Saya harap ini adalah kenyataan terakhir daripada saya. Erra pula, cukuplah
dengan cerita pembohongannya. Janganlah dia terus menipu pembaca dan
peminatnya sendiri termasuklah wartawan. Janganlah terus menyalahkan saya,
selepas itu memaafkannya, cukuplah.

Wartawan juga janganlah terus mengatakan saya ni emosional. Kalau kejadian
seumpama ini terjadi pada diri anda, anda akan tahu sendiri. Ini
membabitkan maruah diri dan keluarga. Apabila orang menipu menggunakan nama
saya, saya harus berdiri di hadapan dan tunjukkan kebenarannya.

Saya pernah cakap pada Erra, kalau dia terus menipu, saya akan tunjukkan
bukti untuk menceritakan keadaan sebenar.

Sementara itu, saya ada satu filem bekerjasama dengan Erra iaitu Cuci
apabila saya bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon. Cuci
dijangka memulakan kempen promosinya penghujung tahun ini. Erra pula
digalakkan untuk turut mempromosikan Cuci.

Kehadirannya amat dialu-alukan. Bagi saya, hal peribadi tetap peribadi,
tapi apabila tiba waktu bekerja, kita profesional. Ini adalah kerja, tempat
cari makan. Seandainya Erra tak datang promosi Cuci, terpulanglah pada dia.
Tapi, saya rasa Erra akan beri kerjasamanya kerana dia seorang yang
profesional.

Saya harap isu ini akan segera berakhir, penatlah! Sekiranya Erra terus
membuat kenyataan penafiannya terhadap segala SMS dan gambar yang disiarkan
hari ini, saya akan terus memberikan bukti, ada banyak lagi.

Saya harap Erra jangan buat kenyataan lagi kerana jika ada pembohongan
dalam kenyataan seterusnya, keadaan akan jadi lebih teruk. Jangan paksa
saya untuk balas balik kenyataannya, kalau terus berlanjutan begini, isu
ini tak akan selesai. Jangan gali lubang lebih dalam untuk diri sendiri,
cukuplah.”

Read More »»

kenangan terindah

Posted by princecrackerModernist | 2:32 AM | ,

Read More »»

Selera luar biasa DJ radio

Posted by princecrackerModernist | 11:45 PM | ,

NAMPAK luarannya dia ni macam perempuan normal, minat kat lelaki atau sang pria. Tetapi rupa-rupanya si gadis jelita yang ku sangka seorang wanita sejati lebih meminati kaum sejenisnya. Nampaknya ada lagi kisah penyampai radio, tapi kali ini modus operandinya berbeza.

Zubir benar-benar tak faham, penyampai radio remaja ni, setahu Zubir ada teman lelaki dan sudah dua, tiga kali bertukar pasangan teman lelakinya sejak dia menyertai stesen radio berkenaan, beberapa tahun lalu. Pastinya orang ingat penyampai radio ini, gadis normal, tapi jangan disangka air yang tenang tak ada buaya!

Ketika Zubir sedang menjamu selera di sebuah medan selera popular di sekitar Ampang, nama penyampai radio ini tiba-tiba terpacul daripada mulut salah seorang kenalan Zubir.

“Abang Zubir jangan tak tahu, si X (penyampai radio) tu dual band, lelaki pun dia minat, perempuan pun dia tak tolak. Mula-mula saya sendiri susah nak percaya sebab si X ni pernah mengadu, cintanya terhadap sang lelaki, beberapa kali didustai.

“Nak dijadikan cerita bang, kawan perempuan saya ni memang minat gila pada X. Biasalah bang, kawan saya ni cun sikit, muka ala-ala amoi Cina. Suatu hari tu, kawan saya ni terserempak dengan X kat satu tempat makan, kat Ampang jugalah. Apabila dah nampak X pun berada di situ bersama beberapa teman wanitanya, dia pun sapalah.

“Happynya kawan saya tu bang, Tuhan saja yang tahu kerana senyuman dan tegurannya terhadap X mendapat balasan. Dah tengok macam tu, X menerima kehadirannya, kawan saya pun duduklah di sebelah X selepas mendapat pelawaannya.

“Mula-mula tu sembang elok saja, tapi lama kelamaan, kawan saya ni terasa pahanya diraba, makin lama makin ke bawah. Apa lagi, kawan saya ni terus angkat kakilah, blah!” cerita seorang sumber kepada Zubir.

Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan luarannya yang cantik, tapi isi kat dalam, mangkor macam durian!

Read More »»

Siapakah Sebenarnya Isteri Eizlan Yusof

Posted by princecrackerModernist | 7:25 PM | ,

Terlalu memilih pun boleh tersalah pilih gak.  Sian si eizlan ni...


Lagi gossip pasal bini eizlan dicilok dari website :-


Post at 10-7-2007 10:41 AM Profile Personal Space P.M. Buddy
apa yg ditulis nonies in page 15 betul belaka...my good frnd penah kluar
dgn vshantie ni ...mula2 impress jugak lah with her story but wen she
got carry away..cerita dia dah jadi tak logic..dia claim kebanyakan VVIP
dan CELEB semua dia kenal and penah kluar...minah ni gila glamor..dulu
kawin ngan cucu ex TYT lepas tu bercinta ngan anak present TYT lepas
dapat Ezlan dia tinggal kan la pulak mungkin tak cukup glamour..tak
tahu la bila Ezlan dah tak famous nanti ngan sapa pulak lah dia punya
target...( Tipah Tertipu Lagi )

------------------------------

Post at 10-7-2007 11:10 AM Profile Personal Space P.M. Buddy
aku pun banyak gak dgr cite2 negatif pasal bini eizlan ni. Kawan aku pun
ada ckp minah ni dulu pernah dok tergila2 dekat si Adam AF2. Muda lagi
minah ni, org kate enjoy pun tak habih lagi. Hrp2 dah kawin ni betul2
insaf la. Kalau tak kesian laa kat ko eizlan huhu. Aku pun musykil gak
dgn kerjaya dan kelulusan akademik minah ni. Umo baru 21thn, ada diploma
IFTC tu logic la gak tp takkan dah hbs belajar kat USM?? Ada ijazah
civil engineering dan keje sbg QS?? Hotel Prince KL antara bangunan yg
menggunakan khidmatnya sbg QS. Seingat aku la, hotel Prince tu dah lame
bgn. Umo die berape je mase dok ukur2 bahan utk Hotel Prince tu???

----------------------------

Post at 5-7-2007 09:57 AM Profile Personal Space P.M. Buddy
Adik saya satu sekolah dgn Shanty di Stella Maris K.K. Adik saya kata
dia kahwin waktu Form 4 & lepas tu gi private school. Kahwin dgn cucu
bekas TYT Sabah. Dia kahwin kejab je & cerai time nak raya. Adik saya
kata minah ni minat kat Adam AF.

Anyway, last 2 weeks my sister ada jumpa Shanty & Eizlan kat KLCC. They
all siap tukar phone no lagi.....yalah ex-classmate & lama tak jumpa.
Dia jemput adik I gi wedding dia. My adik cakap minah ni memang kaki
kelentong......sian lah kau Eizlan.


-------------------------------


Nama : ninie
E-me l: ninie@yahoo.com


Komen : Saya tidak berpuas hati dengan statement bakal isteri eizlan
yusof d media dan urtv,ini kerana saya sekampung dengan
Vshantie..sebenarnya dia tidak pernah membesar d europe,dia membesar di
Tuaran, Sabah. Setahu saya PMR dekat sekolah ST. JOHN Tuaran pun tak
lepas. Umur 16 thn Vshantie berkahwin dengan cucu tyt Sabah Mhd Faisal
diceraikan kerana curang. Vshantie pernah menyuruh orang menukar
keputusan peperiksaan PMR supaya dapat diterima masuk ke tingkatan 3 di
SM Stella Maris, tidak hairan la kalau vshantie menipu mempunyai diploma
dan ijazah...Sebenarnya dia hanyalah seorang perempuan yang suka menipu
untuk hidup senang...

Cadangan kalau boleh cuba you siasat..benar atau tidak statement saya
nie....bukan nak memfitnah tapi ini kebenaran..saya berani bersumpah
Vshantie seorang wanita penipu dan licik...cuma kasihan kat Eizlan
Yusof.

-----Original Message-----
From: Nor Akmar Bt A Manaf (RBD/PDB)


From: Norkhamisah Kamaruddin
Sent: Tuesday, July 10, 2007 9:07 AM
To: Sazelina Hussin; Hamidah Omar; Zuraiha Abd Wahid; Rohaida Jaafar;
Nadiah Salman; Norhain Mohd Yusoff
Subject: FW: Wife Eizlan Yusoff


cantik gak la dia ni.... mari kita terjah background dia - adakah
secantik rupa parasnya - jeng...jeng...jeng....:

umor 21 tahun
status mak janda ( dah agak dah.... wpun dia pernah buat kenyataan dia
dara
sunti...)


1st marriage ngan anak TYT Sabah masa umor 16 tahun









Read More »»

pengakuan ako kene tangkap khalwat

Posted by princecrackerModernist | 7:20 PM | ,

"YES, it was me. But I hope the media won't make a big deal out of this."
That was Ako Mustapha's response when asked if he was the actor caught in a
khalwat raid on Tuesday. A Malay tabloid reported yesterday that a famous actor was caught for being in close proximity with a woman by the Selangor Religious Department (Jais) at midnight, two days ago.

According to the article, Jais officers raided a condominium in Bukit Damansara, Kuala Lumpur, following several tip-offs.

After knocking the door and ringing the doorbell a few times, the team pried open the grille and door.

Initial checks revealed it was empty, but upon investigating, they found a lighted but locked room.

After several knocks, the couple then appeared from the room.

After failing to produce a marriage certificate, the actor and his companion were taken to a police station to have their statements recorded. They are now out on bail.

The article did not reveal the actor's identity, only saying that he was in his 30s and had a relationship with an actress before their relationship ended in the middle of 2006. However, word was going around that it was Ako Mustapha, who starred in Buli and Gangster.

Ako was initially reluctant to talk about it but opened up after some coaxing.

"I don't want the media to make a big fuss. There are bigger cases happening, like the Altantuya murder case.

"That's more serious and that's what the media should be focusing on," said Ako.

He explained that the reality is much more innocent than it's made out to be.

"I slept at a friend's house because I was too lazy to drive from home to my film locations and back.

"I am shooting several dramas back to back, and most of them are in Ampang. I need to arrive early and usually, it ends late at night, so I decided to sleep over at her house.

That's what happened," said Ako, who lives in Kota Damansara.

"We did nothing. I just slept there." Asked if they 'slept' in the same room, Ako denied it.

"That's a lie. We were in the same house, not in the same room." Ako added that only he was charged since the female companion was a non-Muslim.

"I admit that I am guilty because it was my fault. I know it's wrong to stay under the same roof with a woman I am not related to. I am owning up to it. Let's not blow this out of proportion." Asked if he might consider marrying the girl, Ako said no.

"She is just a friend."

Read More »»

adik ct nurhaliza ngan tunang die

Posted by princecrackerModernist | 7:00 PM | ,



Read More »»

Erra bohong

Posted by princecrackerModernist | 8:14 PM | ,

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Erra (Fazira) bohong jika dia mengatakan kami tak pernah bercinta selama ini,” demikian kata Hans Isaac ketika mengulas beberapa kenyataan Erra yang mendakwa mereka tidak pernah berkasih lebih setahun lalu.

Kata Hans, hakikatnya hubungan cinta dia dan Erra sudah terjalin lebih setahun sebelum terputus tiga minggu lalu.

“Tetapi tiada siapa yang tahu kerana Erra minta saya merahsiakannya dan dia beritahu saya jangan bimbang kerana dia tahu macam mana hendak mengendalikan media.

“Oleh kerana saya terlalu menyayanginya, saya turuti saja katanya. Saya minta maaf kerana tak dapat beritahu mengenai percintaan kami selama ini kerana saya terpaksa menurut kehendak teman wanita saya ketika itu, Erra.

“Saya patuhi kemahuannya dan saya sanggup lakukan segala-galanya untuk orang tersayang. Sekarang dengan apa yang berlaku saya tidak mahu tahu lagi fasal Erra dan biarlah saya menjalani hidup saya sendiri dan tumpukan pada kerja,” katanya.

Erra dalam beberapa akhbar dilaporkan memberi kenyataan mengelirukan, berdolak-dalik dan enggan berterus-terang mengenai hubungannya dengan Hans.

Antaranya, dia mendakwa hanya sempat bercinta dengan Hans selama tiga bulan iaitu antara Disember 2006 hingga Februari lalu.

Dalam kenyataan lain pula, Erra beritahu hubungannya dengan Hans belum sampai ke peringkat saling cinta-mencintai, bahkan baru hendak mengenali hati budi masing-masing.

Hans berkata, pada malam kejadian di rumah Erra, pelakon itu mengaku bahawa Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, adalah pilihan ibunya.

“Memang dia yang cakap pada saya untuk menjadikan Emran suaminya. Tetapi sekarang dia nafikan mereka akan berkahwin. Mana satu yang betul. Apapun, saya dan dia tahu perkara sebenar.

“Saya tak tahu kenapa Erra sanggup berbohong pada semua orang. Memang saya susah hendak beritahu kepada orang ramai bahawa kami bercinta kerana selama ini kami tak pernah berterus-terang disebabkan itu kehendaknya.

“Kini siapa pun pilihannya, saya berharap Erra bahagia,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hans, apa jua berlaku antara dia dengan Erra, dia tidak mahu mengenang serta mengungkit lagi hadiah yang pernah diberikan kepadanya.

“Mulai sekarang siapa pun pilihan hatinya, saya doakan kebahagiaan Erra,” katanya.

Menurutnya, kejadian di kediaman pelakon jelita itu yang membabitkan Erra, dia sendiri dan Emran adalah benar.

“Saya tetap akan pertahankan kenyataan saya kerana saya tidak mahu menipu sesiapa. Apa yang saya lakukan bukan hendak mempertahankan sesiapa tetapi demi mencari sebuah kebenaran.

“Dalam perkara ini hanya saya dan Erra tahu perkara sebenar. Saya juga tidak menghalang Erra untuk berkahwin dengan sesiapa. Kalau itu jodoh dia, saya doakan dia bahagia. Siapa saya untuk menghalang kebahagiaan orang lain,” katanya.

Mengambil iktibar daripada kejadian putus cinta dengan Erra, Hans berkata, dia mula kenal siapa kawan dan lawan.

“Kepada masyarakat di luar sana, saya berharap mereka memahami situasi saya dan apa yang berlaku bukan bertujuan mencari publisiti murahan. Ia juga bukan perkara yang membanggakan, malah memalukan saya.

“Saya terpaksa pertahankan hak dan pendirian saya untuk membersihkan semula nama saya dan keluarga yang terjejas, juga rakan karib saya yang tahu isu ini,” katanya.

Hans seterusnya mengatakan dia tidak pernah memilih atau merancang siapa bakal isterinya tetapi sekiranya selepas ini jodohnya masih terdiri daripada kalangan artis, dia tetap menerimanya.

“Tetapi rakan menasihati saya jangan bercinta dengan artis lagi. Tetapi bagi saya, apa yang terjadi biarlah ia menjadi pengajaran buat saya.

“Pada usia saya sekarang (36 tahun) saya mahu berkahwin dan ada anak. Siapa pun jodoh saya selepas ini saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Read More »»

Adakah benar Erra mencurangi cinta Hans?

Posted by princecrackerModernist | 8:09 PM | ,


GAMBAR eksklusif yang dirakam ketika di Sabah, Jun lalu.

KIRIMAN e-mel daripada seseorang yang ditujukan kepada pihak media benar-benar menggemparkan. Ia menceritakan pertengkaran yang berlaku antara Hans Isaac dengan kekasihnya di Damansara selepas mendapat tahu kekasihnya itu ada teman lelaki lain.

Difahamkan, kekasih Hans yang dimaksudkan itu ialah pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, 33, manakala buah hatinya yang baru dikatakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32.

Menurut satu sumber, Hans dikatakan pergi ke rumah Erra pada malam itu. Difahamkan, sepupu lelaki Erra membuka pintu selepas menyedari kehadiran Hans.

Sebaik Hans masuk ke dalam rumah, berlakulah pertengkaran antara dia dengan Erra selepas beberapa minit berbincang.

Pertengkaran berlarutan sehinggalah muncul lelaki yang dikatakan seorang VIP stesen penyiaran dari dalam rumah itu (Engku Emran).

Difahamkan, apabila Hans melihat keadaan itu, dia tidak menunggu lama, maka berlakulah pergaduhan antara dia dengan Emran. Perhatikan dalam gambar (bulatan merah), tangan kanan Hans yang cedera, mungkin kesan daripada pergaduhan itu.

Bintang Popular difahamkan, Hans sudah lebih setahun menjalin hubungan cinta dengan Erra namun mereka tidak pernah membuat sebarang pengakuan kepada pihak media gara-gara Erra keberatan mendedahkan perhubungan mereka kepada umum.

Namun, Hans khabarnya terlalu menyintai Erra malah sudah pun belajar mendalami Islam kerana dia merancang melamar Erra sebagai isterinya yang sah pada tahun depan.

Difahamkan, masing-masing sudah pun membeli kondominium di kawasan perumahan yang sama sebagai persediaan apabila mereka bergelar suami isteri kelak. Namun, Hans akhirnya kecewa gara-gara insiden pada malam itu apabila mendapati Erra menjalinkan hubungan dengan Emran.

Tambah sumber yang sama, Erra sudah menjalin hubungan rapat dengan Emran kira-kira empat bulan yang lalu dan mereka dikatakan bakal berkahwin selepas perhubungan mereka mendapat restu daripada ibu Erra.

Namun, Hans yang ditemui ketika menghadiri rakaman di TV9, di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa lalu, masih keberatan menyatakan sebarang nama yang terbabit dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada 1 Julai lalu itu.

Ikuti temubual eksklusif penulis bersama Hans berhubung kontroversi panas ini. Paparan mengenai pergolakan antara Hans dan kekasihnya boleh juga diikuti menerusi Melodi, hari ini jam 12.30 tengah hari di TV3 bersama wartawan terjah, Nas Ahmad.


Kami baru setahun bercinta: Hans

GAMBAR terbaru Hans Isaac
yang ditemui selepas
menjalani rakaman di TV9,
Seri Pentas.


“SAYA tak nak mengesahkan apa-apa, tapi perkara yang anda (penulis) ceritakan kepada saya sebentar tadi, benda itu sudah berlaku ke atas diri saya. Saya tak boleh cakap bila, siapa orang yang dimaksudkan itu, saya minta maaf.

Saya tak mahu cakap banyak kerana ia membabitkan kehidupan orang lain.

Saya bukan artis yang suka bercakap siapa teman wanita saya, saya dah matang. Saya patut simpan perkara itu untuk diri saya. Saya minta maaf jika selama ini saya tak mengaku siapa teman wanita saya.

Mungkin apa yang dia nak dalam hidupnya, tak dapat daripada saya.

Saya dah berkawan dengan dia lama, tapi bercinta baru setahun lebih.

Apabila terjadinya perkara seumpamanya itu, saya tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin saya yang salah, saya kena cari kesalahan itu dalam diri saya. Mungkin saya tak cukup baik untuk dirinya.

Kami masing-masing sibuk. Kami juga dah cukup matang dan tahu menjaga diri masing-masing.

Kami akan jadi kawan. Kalau saya lihat dia bahagia dengan lelaki ini, saya tumpang gembira. Orang yang pernah saya sayang berjumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada saya.


Erra shooting, enggan diganggu

SEMENTARA itu, penulis bersama Nas Ahmad berjaya menjejaki bekas kekasih Hans yang dikatakan aktres terkenal Erra Fazira di lokasi penggambaran filem usaha sama Bollywood dan Hollywood, Hidden di sebuah rumah di Gombak, Selangor pada hari yang sama untuk mendapatkan penjelasannya.

Sebelum itu, kehadiran penulis di lokasi berkenaan berjaya dihidu pembantu peribadi Erra, Syed Badrul Hisham. Sejurus menjejakkan kaki ke dalam rumah di mana penggambaran akan berlangsung, penulis menerima panggilan telefon daripada Syed.


NAS Melodi dan penulis berkejar ke lokasi Hidden.

Ternyata, daripada perbualannya, Syed tidak senang dengan ke hadiran penulis yang berusaha menjejaki Erra.

Namun, penulis tidak mempedulikan kata-katanya itu lalu menunggu dengan harapan dapat bertemu Erra yang ketika itu dikatakan berehat dalam rumah berkenaan.

Hampir 20 minit menunggu , penulis akhirnya didatangi Sheila Sandhu dan memperkenalkan dirinya sebagai Pengarah Urusan, N’six Entertainments Sdn Bhd iaitu wakil produksi pembikinan filem Hidden.

Katanya, Erra keberatan menemui pihak media kerana tidak mahu tumpuan nya terhadap lakonan, terganggu.

“Erra akan menjalani penggambaran sebentar lagi dan dia tidak mahu diganggu. Saya hanya boleh bercakap hal-hal yang berhubung dengan pembikinan Hidden dan saya tidak boleh mencampuri urus an peribadinya.

“Kami juga akan mengadakan sidang media apabila Hidden sudah disiapkan.

Ketika itu anda semua boleh bertanya apa saja soalan,” kata Sheila yang sedia memberikan kerjasamanya, namun tidak mampu menemukan penulis dengan Erra.

Ke esokan hari, penulis menemui Engku Emran di pejabatnya selepas menghadiri satu sidang media.

“Saya tidak m enafikan perkara yang sahih, tapi apapun yang terjadi, ia urusan peribadi saya. Saya masih mempunyai ibu dan ayah. Jika saya hendak berkahwin sekalipun, mereka adalah orang pertama yang akan saya beritahu,” kata Emran.

Mengenai dakwaan Hans yang mengatakan Err a b akal berkahwin dengan Emr an, dia tidak mahu mengulas lanjut kerana menganggap ke nyataan itu bukan datang daripada dirinya.

“Cukuplah, saya menghormati diri dan kerjaya anda. Saya harap anda juga menghormati saya dan kerjaya saya ,” katanya lalu meminta diri untuk menghadiri satu majlis rasmi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Info & kronologi sejarah percintaan Erra

  • Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan berasal dari Sungai Choh, Rawang, Selangor.

  • Memulakan kerjayanya dalam bidang modelling sehinggalah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993. Erra seterusnya menceburkan diri ke dunia seni sebagai penyanyi dan pelakon, kini usahawan.

  • Antara album yang pernah dihasilkannya termasuklah Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006). Manakala lagu popularnya ialah Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).

  • Erra pernah mendapat jolokan primadona filem Melayu alaf baru. Antara filem lakonannya ialah Sembilu, Maria Mariana, Gemilang, Tragedi Oktober, Pasrah, Gerak Khas The Movie (GKTM), Mr Cinderella, Gila- Gila Pengantin, Cinta Kolesterol, Hingga Hujung Nyawa, Pesona Non Grata dan Qabil Khusri Qabil Igam (QKQI). Tujuh kali dia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).

  • Ratu Filem Melayu itu pernah menjalin hubungan serius dengan Awie selama empat tahun. Mereka bertunang pada Oktober 1997, tetapi terputus di tengah jalan pada tahun berikutnya. Hanya pada 1999, Erra mula rapat dengan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) apabila mereka digandingkan menerusi filem Mr Cinderella. Ternyata desas-desus hubungan cinta mereka benar apabila kedua-duanya bertunang pada 3 Mac 2003

  • Erra akhirnya diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis persandingan penuh gemilang atau dianggap Wedding of the Year itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.

  • Namun, selepas mengecapi kebahagiaan alam berumah tangga kira-kira dua tahun, perkahwinan mereka tiba-tiba dilanda badai sehingga kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung untuk beberapa ketika. Erra dan Yusry akhirnya bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

  • Hubungan intim Erra dengan Hans Isaac mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon sama dalam filem Persona Non Grata pada 2005. Penggambaran filem itu dibuat di Thailand. Ketika itu rumah tangga Erra bersama Yusry sedang bergolak.

  • Bagaimanapun, Erra menafikan keretakan rumah tangganya berpunca daripada hubungan rapatnya dengan Hans kerana mereka hanya kawan baik. Pun begitu, selepas Erra bercerai dengan Yusry, sekali lagi hubungan istimewa Erra bersama Hans kembali diperkatakan apabila mereka sering kelihatan bersama.

  • Hubungan rapat mereka terus menjadi bualan hangat apabila Hans sanggup menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM15,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu. Pun begitu, Erra tetap menafikan mereka bercinta, selain mendakwa tiada salahnya dia menerima hadiah mewah daripada rakan baik.

  • Hanya pada awal Julai ini Hans tiba-tiba mengesahkan hubungan cintanya dengan Erra sudah pun berakhir berikutan penyanyi dan pelakon terkenal itu dikatakan bakal berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
  • Read More »»

    penyampai radio x bercoli???

    Posted by princecrackerModernist | 8:04 PM |

    OI, terbeliak mata Zubir apabila diberitahu mengenai kisah penyampai

    radio yang baru nak popular, tapi penampilannya di tempat kerja, mak

    oooi, seksi terlebih. Dia hanya mengenakan baju tanpa lengan dan tanpa

    rasa bersalah, dia tidak mengenakan coli ketika bersiaran di konti!

    Bayangkan kalau dia tunduk, pening kepala dibuatnya tetamu undangan!

    Memanglah, dia bukan pengacara TV, kalau di konti, tidak ada penonton

    hanya pendengar dan dia bebas untuk mengenakan apa saja fesyen pakaian.

    Tapi, biarlah berpada-pada, orang kata etika berpakaian di tempat kerja,

    walaupun bebas, tapi janganlah sampai menggegarkan iman rakan sekerja

    lelaki!

    Zubir dengar cerita, penyampai radio berkenaan sudah beberapa kali

    diberi peringatan supaya memelihara etika berpakaian di tempat kerja,

    tapi dia buat tak faham saja, bahkan makin menjadi-jadi. Khabarnya, dia

    bukan saja pakai singlet dan tidak memakai coli, tapi skirt yang

    dipakainya, alamak macam miskin kainlah, sekadar menutupi kawasan

    pinggulnya saja!

    Sekalipun penyampai radio itu mempunyai bentuk badan yang menggiurkan,

    janganlah sampai rakan sekerja yang lain hilang fokus kepada tugas di

    pejabat. Penyampai radio itu bukan sekadar seksi maut, tapi kalau

    berjalan, mesti nak catwalk, bercakap pula, alamak, gedik tu!

    Zubir difahamkan, penyampai radio itu langsung tidak menghiraukan

    peringatan yang dikeluarkan rakan-rakan di jabatan sumber manusia,

    sebaliknya dia mengambil sikap acuh tak acuh. Zubir dengar cerita lagi,

    dia berani melawan arahan kerana salah seorang bos di stesen radio

    popular itu, mempunyai hubungan baik dengan dirinya.

    Tak tahulah Zubir, baik macam mana, antara adik dengan abang, majikan

    dengan pekerja atau majikan dengan kekasih hati, ooops! Sedar-sedarlah,

    kita ni hidup bermasyarakat, janganlah buat perkara yang orang tak suka.

    Zubir tak nafikan, penyampai popular ni ada bakat, tapi biarlah perangai

    seiring dengan bakat, mesti lagi cun!

    Orang kata, seksi adalah satu yang subjektif, tapi janganlah seksi yang

    keterlaluan, buruk perangai kalau orang luar yang datang melawat stesen

    itu mendapati dia dengan selamba tidak memakai coli, memicit butang

    kawalan di dalam konti dengan gediknya! Fikir-fikirlah. Bukannya mahal

    sangat harga pakaian dalam wanita sekarang ni. Sale pun tengah banyak!

    Read More »»

    cinta 3 segi terlerai

    Posted by princecrackerModernist | 3:00 AM |

    AKHIRNYA semua persoalan yang bermain di benak peminat artis kesayangan ramai Erra Fazira dan Hans Isaac terjawab. Itupun setelah terjadi peristiwa di apartment yang menyaksikan drama hebat yang dipentaskan tanpa tuan direktor.

    Jika selama ini kedua artis ini bermain teka teki sehingga semua orang keliru dengan sandiwara yang mereka lakonkan, kini mereka sudah tidak mampu lagi mengelak kerana realitinya sudah di depan mata.

    Tidak perlu lagi berselindung kenapa dan mengapa pemberian seutas jam Rolex bernilai RM10 ribu diberi sempena hari lahir Erra Fazira yang ke 33 Februari lalu. Yang mana motif sebenar pemberian gift of love ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Erra kerana menurut Erra " Kami tidak bercinta".

    Mana mungkin pemberian semahal itu diberi atas dasar sebuah persahabatan. Tapi peminat dan wartawan yang baik sangka hanya menerima sahaja kenyataan yang diberi walau jauh di dalam hati Kakak Tua sudah timbul bermacam kemusykilan dan kejanggalan kerana pernah diberi tip off tentang hubungan merpati dua sejoli ini sejak dua tahun yang sudah.

    Ketika itu, tiga 'dara' pingitan Umie Aida-Nasha Aziz-Erra Fazira tengah menjalankan ibadah umrah di tanah suci. Kakak Tua difahamkan Erra sedang 'mabuk cinta' dengan Hans pada masa itu. Wallahualam.

    Cinta tiga segi... Hans, Erra dan Engku Emran

    Apabila kedua mereka dipasangkan dalam filem Pesona Non Grata terbitan Nizarman Productions yang mana penggambarannya berlangsung di Bangkok, Kakak Tua sekali lagi mendapat informasi dari sumber sahih yang mereka adalah pasangan kekasih. Namun kedua-dua mereka tetap berpegang pada jawapan standard yang klise dan membosankan ..."kami Hanya Kawan baik."

    Justru bila keluar pengakuan dari Hans yang mereka sah putus cinta dalam dada akhbar hari ini, Kakak Tua pun tertanya-tanya "Macam mana sebuah perhubungan boleh berakhir sedangkan ianya TIDAK pernah bermula?"

    Walaupun delayed action, sikap yang tunjukkan oleh Hans patut dicontohi, sikap gentlemannya yang sanggup ke depan untuk meleraikan kekusutan cinta tiga segi yang sedang hangat diperkatakan kini. Sikap terpuji ni tidak termasuk sikap cepat tangan membelasah insan seorang itu kerana emosi yang tidak terkawal. Tapi itu cerita lain....

    Walaupun pada hakikatnya, pengakuan Hans nanti akan bercanggah dengan pengakuan Engku Emran (Ketua Pegawai Operasi Suria FM) dan Erra sendiri. Kalau percanggahan fakta itu tidak ketara tak apa lah juga.

    Tapi bagaimana kalau percanggahan fakta itu akan mengelirukan lagi pembaca, peminat setia dan wartawan seperti bila sebenarnya Erra dan Hans putus cinta? dan bila pula terjalin hubungan cinta di antara Erra-Engku Emran? Bila kali terakhir Erra dan Hans bersama sebagai kekasih? Benarkah Engku Emran adalah pilihan emak Erra seperti yang didakwa oleh Erra? Dan Erra-Engku bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi....

    Banyak lagi persoalan yang timbul tanpa ada satu jawapan yang pasti. Hanya Tuhan dan tuan empunya diri saja yang tahu apa sebenarnya berlaku. Namun untuk memastikan kekeliruan ini tidak berlanjutan, molek sangat lah kalau ketiga-tiga pihak yang terlibat diberi peluang 'membela diri' dan membuat penjelasan masing-masing.

    Jangan nanti pihak media dijadikan kambing hitam dan dipersalahkan kerana kekeliruan fakta, 'salah lapor' dan 'buat cerita.'

    Untuk skandal yang begini hebat, rasanya pihak wartawan lah yang paling berhemah sekali memandangkan perhubungan silaturrahim dan kemesraan yang terjalin sekian lama dengan Hans dan Erra. Dek kerana sikap hormat ini jugalah apa saja yang dilaporkan lebih berlapik dan mereka tidak terus 'Terjah'.

    Implikasi penjelasan dari sebuah hati yang dilukai ini tentu sahaja akan membawa impak negatif kepada Erra-Engku Emran. Maklumlah orang yang 'teraniya' akan selalu dapat simpati yang lebih, jadi pandai-pandailah ambil hati peminat yang sudah tawar hati pada Erra.

    Kalau dalam cerita Bollywood, saat kritikal macam ni, hero yang dah direject akan menyanyi mendayu-dayu sehingga cair hati bekas kekasih. Dan berlakulah persimpangan dilemma. Sudah berbuih mulut Kakak Tua berpesan jangan sesekali menghampiri perbuatan negatif seperti bercakap bohong, hipkorit atau membuat onar pada diri sendiri atau sesiapa saja kerana kesannya akan timpal balik pada kita juga. Tapi lagi dipesan, lagi menjadi-jadi....

    Pada Erra, carilah hikmah di sebalik kejadian. Janganlah terus-terusan bermain wayang. Pengakuan jujur walau sepahit mana sekalipun akan dapat diterima. Hargailah hati seorang kekasih, mahupun bekas kekasih. Jangan suka bermain perasaan orang yang sayang pada kita.

    Kakak Tua ingin berpesan pada Hans supaya belajar menerima hakikat antara kebenaran dan kebathilan. Belajar kawal emosi dan maafkan keterlanjuran agar hati kita lebih tenang meneruskan sisa-sisa kehidupan. Sejarah sudah banyak kali mengajar Hans yang kilauan benda palsu tidak akan kekal justru carilah yang hakiki.

    Bagi Engku Emran pula, remember two wrongs never make a right. Dan bila tengah kemaruk cinta, cuba buka mata hati dan akal agar pantulan cahaya itu tidak akan sesekali menyakiti kita seperti yang pernah terjadi pada pencabar terdekat, Hans Isaac.

    Kakak Tua: Hendak tujukan lagu 'Airmata Kasih' nyanyian R.Azmi untuk Hans Isaac dengan ucapan lupakanlah Persona Non Grata (The Unwelcome Person)!

    Read More »»

    Erra clears air over ‘love triangle’

    Posted by Sharing Is Caring | 12:23 PM |



    KUALA LUMPUR: Actress Erra Fazira finally came out to clarify her relationship with the two men in her life, the so-called love triangle that has been making headlines in the Malay media.

    The former Miss Malaysia said she started dating actor-TV presenter Hans Isaac late last year but the relationship had ended in February this year, according to Utusan Malaysia yesterday.

    “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love ... we were still trying to figure out our compatibility.

    “It was partly my fault because I was not frank with Hans as I did not want to hurt his feelings. I only told him two weeks ago,” said Erra, who is also a singer.

    This explanation comes three days after the so-called love triangle hit the Malay media with Hans saying that Engku Emran Engku Zainal Abidin, the chief operating officer of SuriaFM, was the cause of their break-up.

    The 33-year-old actress, who was once married to Yusry of KRU, stressed that Engku Emran, 32, was not the cause of her break-up with Hans.

    She said her relationship with Engku Emran was still in its early stages.

    “I've been friends with him for just two months. We are still getting to know each other. It has not reached that far (to the stage of getting married),” she said.

    She explained that when Hans went to her house in Damansara – where she lived with two cousins, a personal assistant and a maid – he had seen Engku Emran there.

    “When Hans came, Engku Emran was at my house enjoying dinner after coming back from a movie. But what happened was not as reported on the Internet,” she said.

    Engku Emran has also said he and Erra were just starting to get to know one another.

    Erra is currently filming Bollywood thriller Hidden, alongside Hollywood actor Christopher Atkins.

    Read More »»

    Contact Modernity

    Your Name :
    Your Email :
    Subject :
    Message :
    Image (case-sensitive):

    Nuffnang