Kapal layar angkasa Cosmos 1, sebuah `kapal layar angkasa` dibina oleh sebuah badan NGO `Planetary Society'. Ia mempunyai sebuah layar selebar 30 meter. Paling menarik, ia tidak mempunyai enjin dan tidak perlu mengisi minyak. Ia menggunakan kuasa solar ( tekanan photons matahari ) untuk bergerak. Tekanan ini akan menghentam permukaan layar dari pelbagai sudut yang akan menghasilkan kelajuan orbital. Jika konsep ini berjaya, ia akan membuka era baru dalam penerokaan dan pelayaraan angkasa lepas.