Pada musim kemarau ikan keli akan menggali dan masuk ke dalam lumpur. Lubangnya dipenuhi dengan mukus (lendir) untuk melindunginya daripada kekeringan. Di atas lubang tersebut terdapat satu ruang kosong yang mengandungi udara. Ruang ini membolehkan ikan bernafas. Oleh kerana tidak terdapat makanan, aktiviti badan ikan keli menjadi perlahan. Ia akan menyerap tisu-tisu ototnya. Paling menakjubkan, ikan paru-paru Afrika (famili ikan keli) boleh hidup di dalam lubang yang digalinya selama hampir empat tahun tanpa makanan.
http://agrolink.moa.my/pqnet/kwln/pelihara_ikan_keli.htm"
Advertise here
Kemanakah ikan keli bila kemarau???
Posted by princecrackerModernist | 3:10 AM | ikan, info, keli, kemarau, sainsKapal layar angkasa Cosmos 1, sebuah `kapal layar angkasa` dibina oleh sebuah badan NGO `Planetary Society'. Ia mempunyai sebuah layar selebar 30 meter. Paling menarik, ia tidak mempunyai enjin dan tidak perlu mengisi minyak. Ia menggunakan kuasa solar ( tekanan photons matahari ) untuk bergerak. Tekanan ini akan menghentam permukaan layar dari pelbagai sudut yang akan menghasilkan kelajuan orbital. Jika konsep ini berjaya, ia akan membuka era baru dalam penerokaan dan pelayaraan angkasa lepas.
Read More »»
Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia. Sebanyak 80 peratus daripada barah hati jenis primary hepatocellular carcinoma (PHC) di seluruh dunia disebabkan komplikasi jangkitan HBV. Jangkitan daripada ibu kepada bayi baru lahir mengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis atau PHC. Mengikut anggaran, terdapat kira-kira 350 juta pembawa jangkitan hepatitis B kronik seluruh dunia.
Vaksinasi menentang hepatitis B di kalangan remaja dan kanak-kanak dilakukan di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Itali. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan matlamat imunisasi menyeluruh menentang hepatitis B di semua negara endemik (dengan kadar pembawa lebih tinggi daripada dua peratus) menjelang 1995. Semua negara mesti mempunyai program imunisasi menjelang 1997. Di negara-negara yang tidak mempunyai program imunisasi menyeluruh, kumpulan-kumpulan yang dianggap mempunyai risiko serangan hepatitis B ialah anak-anak yang ibunya telah dijangkiti, homoseksual dan heteroseksual dengan berbilang pasangan, penagih dadah yang menggunakan suntikan, pekerja yang terpaksa menyentuh darah atau cecair badan orang lain, pekerja kesihatan, dan penerima pemindahan organ manusia"