Advertise here

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

untuk parent and parent to be

Posted by princecrackerModernist | 8:03 PM | , ,

Artikel untuk parent and parent to be..

Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu ***a setengah kerat aje...ada hamba Allah dengan ikhlasnye berkongsi untuk ajar melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, InsyaAllah keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau nak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu ***a boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan "jangan" kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan
"jangan" kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan "jangan" tu kepada perkataan lain plak...contohnya...."Tolong senyap Abang",,,berbanding "Jangan bising bang.."

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Read More »»

anak dan bola

Posted by princecrackerModernist | 1:55 AM | , , ,

Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan tak married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya? Dia nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?"

Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu aje." Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling canggih, plus bola itam dan bola putih. Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor. Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.

Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak jawab,"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah rosak.. dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda. Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?" Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.

Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru.... Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak, keluar negri lagi tu......Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar kamu tak malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu." "Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih? Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note itu...hingga dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi. Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh membernya yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka ditawarkan anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berunding. Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam dan bola putih tentunya. Tetapi si bapak masih kesal.

Sudah berapa tahun, dia beberapa kali belikan dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada keinginan dan kemahuan untuk bagitau kenapa. Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana senang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta Ferrari. Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje. Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik motor.

Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri! So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak cik tak belikan bola itam bola putih? Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak dikasi bola2 itu.

Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat anaknya. Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari. Yelah, anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi gelabah dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai seatbelt, si awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital.."macamman a doc, anak saya?" Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak dapat berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir.." Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.. " si anak juga nangis kerana aweknya tak tertolong.

Si papa menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir. Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama ini selalu minta bola itam bola putih. "Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik." Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa punya money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola itam dan bola putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?" (pembaca juga ingin tahu ya..?) Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan masanya sudah hampir sampai... "sebabnya ....saya..saya. ..saya... ." *hep* Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat bagitau tau bapanya. Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagila...tak tau. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih? Isk! Isk! Isk!

Read More »»

Apa Itu Politik...JWB????

Posted by princecrackerModernist | 1:45 AM | , , , ,

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja.

Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun.

Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja.

Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham? Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Siayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".

Read More »»

Surat Buat Anak Abah Yg Blom Lahir Lagik

Posted by princecrackerModernist | 5:28 AM | , , ,

Kehadapan anak abah,

abah tulis surat nih mase nko blom lahir lagik. abah pon kompius nak soh nko panggil abah ni abah ke ayah ke papa ke daddy ke... tapi lantak la. abah bahasakan diri abah dulu la yerk nak?
masa nko memula tumbuh lam perot mak nko nih ha. abah eksaited giler nko tau tak.
maklom la lame dah abah nunggu sejak abah pk yg abah takmo anak lagik takut abah nampak tua. lagipon abah rase tak macho bila laki ensem yg gagah perkasa cam abah nih dukong anak hiks.

kadang² bila mak nko montah² pening loya nak itu nak ini.
abah rimas beno nko tau tak?
abah rase nak sekeh² jerk nko.
rimas abah nko tau tak hiks...
mak nko lak ngengade nak itu ini tengah² malam merengek huh!
kengkadang abah ngah tido kol 3 pagi mak nko soh abah pegi 7eleven beli asam kecot.
walaupon 7 eleven 24 jam tapi abah sangat arh tensen idop cenggitu.
memula jerk abah leh layan lelama abah nyampah! ptoih!

pastu masa nko dah besor sikit.
perot mak nko pon besar gak.
mase tulah mak nko ngidam benda² merapu.
dia nak abah bawak dia jalan² je takmo dok umah.
abah memang tensen nko tau tak...
abah rase ilang macho abah bawak pompuan ngandong perot besor.
tapi tu tak bermakna abah takde sifat kebapaan.
abah sangat rase syok gile bile mak nko ngandongkan nko.
tapi tu arh cam abah cakap tadik.
abah hambik masa sikit nak bagi nko idop lam perot mak nko untuk tempoh 9 bolan nih.
nko pon dah nak lahir dah nih...
abah redha jelah...

nebes dan eksaited abah makin bertambah.

esok due date nko nak.
adui la saspen seh abah gini!
seblom nko kuar esok, abah tulis surat nih nak gitau nko bahawa kehadiran nko nih mendebarkan abah.
abah cuak giler nih nak sambot nko esok...
kalo bulih abah nak tunda sket kelahiran nko...
minggu depan ker
bolan depan ker...
tahun depan ker...
bulih tak nko kuar lambat sket? abah cuak arh hiks...

dari abahmu…

Read More »»

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang