Advertise here

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

anak dan bola

Posted by princecrackerModernist | 1:55 AM | , , ,

Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan tak married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya? Dia nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?"

Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu aje." Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling canggih, plus bola itam dan bola putih. Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor. Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.

Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak jawab,"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah rosak.. dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda. Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?" Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.

Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru.... Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak, keluar negri lagi tu......Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar kamu tak malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu." "Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih? Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note itu...hingga dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi. Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh membernya yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka ditawarkan anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berunding. Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam dan bola putih tentunya. Tetapi si bapak masih kesal.

Sudah berapa tahun, dia beberapa kali belikan dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada keinginan dan kemahuan untuk bagitau kenapa. Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana senang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta Ferrari. Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje. Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik motor.

Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri! So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak cik tak belikan bola itam bola putih? Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak dikasi bola2 itu.

Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat anaknya. Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari. Yelah, anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi gelabah dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai seatbelt, si awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital.."macamman a doc, anak saya?" Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak dapat berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir.." Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.. " si anak juga nangis kerana aweknya tak tertolong.

Si papa menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir. Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama ini selalu minta bola itam bola putih. "Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik." Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa punya money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola itam dan bola putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?" (pembaca juga ingin tahu ya..?) Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan masanya sudah hampir sampai... "sebabnya ....saya..saya. ..saya... ." *hep* Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat bagitau tau bapanya. Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagila...tak tau. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih? Isk! Isk! Isk!

Read More »»

Rahsia jadi isteri solehah

Posted by princecrackerModernist | 1:19 PM | , , , ,

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Read More »»

10 Kunci Perkawinan Bahagia

Posted by princecrackerModernist | 3:04 AM | , , , ,

Perkawinan merupakan wujud menyatunya dua sejoli ke dalam satu tujuan yang sama. Dan salah satu tujuan perkawinan adalah mencapai kebahagiaan yang langgeng bersama pasangan hidup.

Namun, jalan menuju kebahagiaan tak selamanya mulus. Banyak hambatan, tantangan, dan persoalan yang terkadang menggagalkan jalannya rumah-tangga. Buktinya, perceraian kini sudah menjadi persoalan biasa, bukan lagi soal tabu bagi sebagian masyarakat.

Nah, bagaimana kita mengantisipasi supaya mahligai rumah-tangga kita tidak goyang? Inilah 10 tips menuju perkawinan yang bahagia.

1. Cinta

Cinta merupakan energi yang dahsyat untuk mengembangkan dan menyempurnakan kepribadian Anda dan suami. Cinta akan membantu membuang semua rintangan yang muncul di tengah perjalanan rumah tangga. Perkawinan yang dibangun tanpa landasan cinta sebetulnya adalah omong-kosong belaka. Perkawinan tanpa cinta sama saja membangun rumah tanpa tiang. Rapuh dan lama-lama akan hancur dan roboh. Meski bukan satu-satunya syarat, cinta sangat berperan dalam membangun perkawinan yang langgeng. Maka, cinta dalam perkawinan adalah sesuatu yang mutlak dan harus.

2. Seiman

Cinta saja tentu belum cukup untuk menciptakan perkawinan yang bahagia. Prinsip memilih suami yang seiman juga merupakan salah satu kunci dalam mencapai kebahagiaan rumah tangga. Memang, banyak pula pasangan suami-istri beda agama yang juga bisa bahagia menjalani perkawinannya. Namun, sebaiknya jangan anggap enteng soal satu ini. Bisa-bisa, Anda dan suami akhirnya jalan sendiri-sendiri, sesuai iman masing-masing. Belum lagi kehadiran anak. Persoalan agama apa yang akan dianut anak seringkali juga memicu perdebatan yang panjang.

3. Saling percaya

Tanpa rasa saling percaya antara pasangan suami-istri, perkawinan tentu tak akan berjalan mulus. Bagaimana bisa mulus jika suami atau istri selalu mengawasi gerak-gerik kita karena ketidakpercayaannya itu? Yang muncul adalah kegelisahan, kecurigaan, kekhawatiran, tak pernah merasa tenteram, dan sebagainya. Ujung-ujungnya, Anda berdua justru saling menyalahkan dan menuduh. Rasa saling percaya akan mengantarkan Anda pada perasaan aman dan nyaman. Kuncinya, jangan sia-siakan kepercayaan yang diberikan suami Anda. Istri tak perlu mencurigai suami, dan sebaliknya, suami juga tak perlu mencurigai istri. Membangun rasa saling percaya juga merupakan perwujudan cinta yang dewasa.

4. Seks

Perkawinan tanpa seks bisa dibilang seperti sayur tanpa garam. Hambar. Ya, seks memang perlu. Dan meski aktivitas seks sebetulnya bertujuan untuk memperoleh keturunan, namun manusia perlu juga mengembangkan seks untuk mencapai kebahagiaan bersama pasangan hidupnya. Kegiatan seks mestinya adalah penyerahan total, saling menyerahkan diri kepada suami atau istrinya sehingga hubungan terpupuk semakin dalam. Kegiatan seks yang timpang akan menjadi masalah serius bagi suami- istri. Uring-uringan, cekcok, dan ahkan mencari pelampiasan di luar, merupakan akibat yang biasanya muncul jika soal yang satu ini muncul.

Prinsip hubungan seks yang baik adalah adanya keterbukaan dan kejujuran dalam mengungkapkan kebutuhan Anda masing-masing. Intinya, kegiatan seks adalah untuk saling memuaskan, namun perlu dihindari adanya kesan mengeksploitasi pasangan. Kegiatan seks yang menyenangkan akan memberikan dampak positif bagi Anda berdua.

5. Ekonomi

Hampir sebagian besar waktu dalam keluarga dewasa ini, khususnya pasangan suami-istri muda perkotaan, adalah untuk mencari nafkah. Artinya, tak bisa dipungkiri bahwa faktor ekonomi tak bisa dianggap remeh. Bayangkan, apa yang bakal terjadi seandainya rumah tangga tak didukung oleh topangan ekonomi yang memadai. Bisa jadi timbul percekcokan. Banyak kita dengar, pasangan suami-istri yang akhirnya bercerai gara-gara persoalan ekonomi. Rumah tangga berantakan, hidup susah, suami-istri selalu bertengkar, dan sebagainya. Bisa dibilang, salah satu tolok ukur keberhasilan keluarga adalah baik secara ekonomi, meski faktor satu ini bukan merupakan satu-satunya ukuran. Mengatur ekonomi secara benar juga akan memberikan perasaan aman dan bahagia.

6. Kehadiran anak

Anak adalah karunia Illahi yang tak terkirakan nilainya. Perkawinan tanpa kehadiran anak seringkali memicu persoalan tersendiri. Banyak keluarga atau pasangan suami-istri yang sulit mendapatkan anak dan mati-matian berupaya dan berikhtiar agar mempunyai keturunan. Kehadiran seorang anak juga membuat suami-istri memiliki keterikatan dan tanggung jawab untuk membesarkan, merawat dan mencintai bersama-sama. Jadi, kehadiran anak secara tidak langsung akan semakin mendekatkan pasangan suami-istri.

7. Hindari pihak ketiga

Kehidupan perkawinan merupakan otonomi tersendiri, yang sebaiknya tak dicampuri oleh pihak lain, apalagi pihak ketiga. Kehadiran pihak ketiga yang ikut campur tangan atau mempengaruhi dan masuk ke wilayah otoritas keluarga, bisa menciptakan bencana bagi rumah tangga tersebut. Banyak contoh keluarga yang hancur gara-gara pihak ketiga ikut main di dalamnya. Entah campur tangan mertua, saudara ipar, kekasih simpanan, tetangga, dan sebagainya. Jadi, bila Anda menginginkan kehidupan rumah tangga Anda langgeng bahagia, sebisa-bisanya hindari campur tangan pihak ketiga.

8. Menjaga romantisme

Terkadang, pasangan suami-istri yang sudah cukup lama membangun mahligai rumah tangga tak lagi peduli pada soal yang satu ini. Tak ada kata-kata pujian, makan malam bersama, bahkan perhatian pun seperti barang mahal. Padahal, menjaga romantisme dibutuhkan oleh pasangan suami-istri sampai kapan pun, tak cuma ketika mereka berpacaran. Sekedar memberikan bunga, mencium pipi, menggandeng tangan, saling memuji, atau berjalan-jalan menyusuri tempat-tempat romantis akan kembali memercikkan rasa cinta kepada pasangan hidup Anda. Tentu, ujung-ujungnya pasangan suami-istri akan merasa semakin erat dan saling membutuhkan.

9. Komunikasi

Komunikasi juga merupakan salah satu pilar langgengnya hubungan suami-istri. Hilangnya komunikasi berarti hilang pula salah satu pilar rumah tanga. Bagaimana mungkin hubungan Anda dengan suami akan mulus jika menyapa pun Anda enggan. Jika rumah tangga adalah sebuah mobil, maka komunikasi adalah rodanya. Tanpanya, tak mungkin rasanya rumah tangga berjalan.

Banyak terjadi, suami atau istri apatis terhadap pasangannya karena terlalu sibuk bekerja. Suami-istri bekerja, sementara anak sibuk dengan urusannya sendiri, sehingga rumah hanya seperti tempat kos, masing-masing pribadi tidak saling tegur sapa. Ini sama halnya menaruh bom waktu yang sewaktu-waktu bisa meledak. Bisa-bisa, di antara Anda kemudian mencari pelampiasan dengan mencari teman di luar untuk curhat dan tak betah lagi tinggal di rumah. Jadi, cobalah untuk selalu menjaga komunikasi dengan suami. Luangkan waktu untuk duduk atau ngobrol bersama, sekalipun hanya 5 menit setiap hari. Teleponlah atau kirimkan imil pada saat Anda berdua berada di kantor Anda masing-masing. Atau makan siang bersama. Intinya, ciptakan komunikasi, sehingga masing-masing pribadi merasa dibutuhkan.

10. Saling memuji dan memperhatikan

Meski sepele, pujian atau perhatian sangat besar pengaruhnya bagi suami, dan sebaliknya. Ucapan bernada pujian akan semakin memperkuat ikatan suami-istri. Tanpa pujian atau perhatian, bisa-bisa yang ada hanya saling mencela dan merendahkan. Memberikan pujian ringan seperti "Masakan Mama hari ini luar biasa, lho!" atau "Wah, Papa tambah keren pakai dasi itu." Ucapan-ucapan sepele seperti itu akan memberikan dorongan/semangat yang luar biasa. Pasangan Anda pun akan merasa dihargai. Memuji tak butuh biaya atau ongkos mahal, kok. Yang dibutuhkan adalah ketulusan dan rasa cinta pada suami. (Tabloid Nova)

Read More »»

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang