Advertise here

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Posted by princecrackerModernist | 2:58 AM | ,

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T: “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia jin dan batu-batu."

Read More »»

7 Perkara Ganjil

Posted by princecrackerModernist | 4:18 PM | ,

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. "
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

Read More »»

Malaikatmu..

Posted by princecrackerModernist | 8:14 PM | , ,

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke
dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini
mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya
kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya
begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat
untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga
ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain
dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk
berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu
setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan
cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang
berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa
mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan
bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan
dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan
mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin
berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan
bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.
Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan
melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan
mengancam jiwanya" "Tapi, saya pasti akan merasa sedih
kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku,
dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali
kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa
disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya
sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang
bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi
sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat
tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya
dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu
hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang
membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak
kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan"
"Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu"
"Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu"
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang Memiliki mu."

Read More »»

Lima tanda hati keras membatu

Posted by princecrackerModernist | 8:13 PM | ,

Ade ciri2 ni kat korang??

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
"

Read More »»

Manusia Yg Dapat Doa Para Malaikat

Posted by princecrackerModernist | 8:11 PM | , , ,

Allah SWT berfirman,
"Sebenarnya (malaikat - malaikat
itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka
tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui
segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di
belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah,
dan mereka selalu berhati - hati kerana takut
kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa
oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar
ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang
tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si
fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini
disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At
Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di
antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan
mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin
'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat
kepada orang - orang yang berada pada saf - saf
terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam
iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban
dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para
malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang
menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam
membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn',
maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana
barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"
(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH
MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu
berselawat kepada salah satu di antara kalian selama
ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat,
selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat)
berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al
Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan
hadith ini)

Semoga bermenfaat!"

Read More »»

tujuh ayat cinta

Posted by princecrackerModernist | 8:05 PM | ,

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..



1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.



2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.



3.Astagfirrullah: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.



4.Insyaallah: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.



5.Lahaulawalaquataillahbillah: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.



6.Innalillah: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.



7.Laailaahaillallah: bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.





Anda ada dua pilihan sama ada:



1.biarkan dalam inbox anda tanpa

bermanfaat utk org lain..





2.anda sebarkan @ forwardkan pada

semua kenalan anda. sabda Rasulluah

siapa yang menyampaikan satu ilmu dan

orang yang mengamalkannya maka dia

akan beroleh pahala walaupun sudah

tiada.

Read More »»

doa ramadhan dr hari pertama hingga hari ke 30

Posted by princecrackerModernist | 8:03 PM | , ,

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan
ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah
aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan
sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada
segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada
kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu
dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta
jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku
daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan
Maha Pemurah daripada segala dermawan.

Hari Keempat
Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.

Hari Kelima
Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya?
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.

Hari Keenam
Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.

Hari Ketujuh
Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.


Hari Kelapan
Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak
yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.

Hari Kesembilan
Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju
keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang
merindu.

Hari Kesepuluh
Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan
aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di
kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju
orang yang memohon.

Hari Kesebelas
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu
wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.

Hari Kedua Belas
Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri
ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan
keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang
aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.

Hari Ketiga Belas
Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah
kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan
kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan
Mu wahai pengharap orang yang miskin.

Hari Keempat Belas
Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan
diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan
kaum Muslimin.

Hari Kelima Belas
Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang
khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.

Hari Keenam Belas
Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan
seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang
melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam
akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Hari Ketujuh Belas
Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta
cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa
ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam
hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan
keluarga baginda yang suci.?

Hari Kelapan Belas
Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku
secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang
bijak.

Hari Kesembilan Belas
Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku
menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman
kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Hari Kedua Puluh
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku
pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat
suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Hari Kedua Puluh Satu
Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal
dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Dua
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku
keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang
mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas,
wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.

Hari Kedua Puluh Tiga
Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku
daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun
kesalahan orang yang berdosa.

Hari Kedua Puluh Empat
Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan
Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan
kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu
serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang
meminta.

Hari Kedua Puluh Lima
Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya? Mu dan memusuhi
musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para
Nabi.

Hari Kedua Puluh Enam
Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri,
dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan
yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan
Maha Mendengar daripada semua pendengar.

Hari Kedua Puluh Tujuh
Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan
hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh.

Hari Kedua Puluh Lapan
Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku
dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan
oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk
serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih
kepada hamba yang beriman.

Hari Ketiga Puluh
Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima
oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya
yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan
keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.

Read More »»

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Posted by princecrackerModernist | 8:01 PM | , , ,

Elakkan lah dari ade dalam 10 golongan nih....

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk
anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca
seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan
mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak
sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak
mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan
nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi
tidak diberi dari makanannya itu

Read More »»

14 Azab Yang Mengabaikan Sembahyang

Posted by princecrackerModernist | 7:58 PM | , , ,


(i) Lima azab di dunia :

*Tidak mendapat rahmat dalam kehidupannya.
*Kehilangan nur (cahaya) di wajahnya.
*Tidak mendapat pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
*Doa-doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
*Tidak mendapat bahagian doa-doa orang yang salih.

(ii) Tiga macam azab pada masa hendak meninggal dunia :

*Mati dengan keadaan aib.
*Dalam keadaan lapar.
*Dalam keadaan haus yang amat sangat.

(iii) Tiga azab didalam kubur :

*Dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya berceragah.
*Dibakar dengan api dalam kuburnya.
-diguling-gulingkan dirinya di atas bara api siang dan malam.
*Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang
panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan ke atas
dirinya.Ular itu bertempik seperti bunyi guruh, ' Tuhanku telah
perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari
kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zuhur,
kerana melengah-lengahkan solat zuhur hingga matahari masuk
ke u***, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga solat magrib,
kerana melengah-lengahkan solat magrib ke solat Isya', kerana
melengah-lengahkan solat Isha'hingga ke subuh."Ular itu pun terus
memukulnya hingga sampai hari kiamat.Setiap pukulan
membenamkannya hingga 70 hasta.

(iv) Tiga azab dibangkitkan :selepas

*Dihisab dengan tegas.
*Kemurkaan Allah.
*Dicampak ke dalam api neraka.

Dalam peristiwa israk, Nabi s.a.w. melihat satu kumpulan orang yang tegap
dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke
kepalanya.Kepala pun hancur.
Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula
batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang
kali.Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?

Jibril berkata, "Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat
lima
waktu.'

(Kita berlindung kepada Allah daripada mendapat azab atau siksa yang
sedemikian.) Amin! Ya Rabbal 'Alamin!!.

Read More »»

4 Kunci Syaitan

Posted by princecrackerModernist | 7:57 PM | , , ,

Selamatkan diri anda dari dibelenggu oleh syaitan durjana...

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan umat manusia dengan pelbagai ragam kehidupan mereka. Tahun 1421H kini meniti saat-saat terakhir sebelum berlabuh pergi meninggalkan kita bersama kenangan pahit dan indah selama kita berada di dalamnya. Bersama ini juga gamitan 1422H mula terbayang diruang mata yang bakal menjanjikan seribu pengharapan yang diidamkan. ***a keadaan diri kita mestilah dihitung terlebih dahulu sebelum kita menghitungkan orang lain.

Janganlah kita menjadi sebagaimana ketua Iblis iaitu Azazil yang merupakan guru para malaikat di mana ketika para malaikat mendengar firman Allah yang menyatakan adanya dikalangan mereka yang akan dihumbankan ke dalam neraka sebagai makhluk yang paling dilaknat oleh Allah lalu para malaikat meminta agar Azazil berdoa kepada Allah agar mereka tidak tergolong dalam golongan yang celaka itu. Azazil terus menadah tangan memohon kepada Allah agar diberi kesejahteraan kepada para malaikat sahaja tanpa berdoa untuk dirinya sendiri agar dihindarkan oleh Allah daripada menjadi mahkluk yang paling celaka. Akhirnya Allah menyelamatkan para malaikat sedangkan Azazil sendiri terus menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah.

Ragam umat manusia di dunia ini bermacam-macam, begitulah juga dengan nasib mereka diakhirat nanti juga dengan pelbagai balasan mengikut amalan. Ramai yang ketawa didunia akan menjadi makhluk yang hina di akhirat dan tidak mampu ketawa lagi buat selamanya. Ramai mereka yang senang di dunia sehingga lupa kepada Allah maka di akhirat mereka dihina dan menjadi orang yang ditimpa kesusahan kerana diazab oleh Allah. Ramai mereka yang kenyang di dunia sehingga melupakan tanggungjawab kepada mereka yang susah menyebabkan mereka kesepian dengan kelaparan yang mencengkam di akhirat.

Ramai yang terlalu mengikut kehendak nafsu sehingga lupa kepada batas agama menyebabkan mereka terbiar dalam kesiksaan yang dahsyat di akhirat sana. Ramai yang kaya di dunia sehingga mereka bergelumang dengan rezeki yang haram menyebabkan mereka dibangkitkan dalam keadaan yang papa kedana dan menerima siksaan apai neraka. Oleh itu berpadalah dengan kehidupan dunia. Dunia yang kita kejar tidak akan ke mana dan akhirat yang kita lalai dan tinggal sudah pasti datang bersama kesesalan yang sudah tidak berguna. Jadikanlah dunia yang sementara ini sebagai jambatan bagi menuju Allah. Tingkatkan ilmu dan amal sehingga bertambahnya kecintaan kita kepada Allah yang membolehkan kita merasakan bahawa dunia ini tidak memberi apa-apa manfaat melainkan jika kita mengikuti segala batas agama.

Kawallah diri kita daripada dimasuki hasutan syaitan. Syaitan biasanya akan masuk apabila kita membuka 4 kunci yang ada pada diri kita. Yang pertama apabila terlalu marah maka syaitan akan masuk ke dalam diri kita sehingga kita tidak sedar bahawa diri kita telah pun melampaui batas agama. Kesan daripada kemarahan adalah penyesalan. Yang kedua apabila terlalu banyak ketawa yang menyebabkan diri kita mudah terheret kepada perkara yang melanggari kehendak syarak. Banyak ketawa di dunia menjadikan ilmu semakin terhakis dan kita akan banyak menangis kesesalan di akhirat nanti.

Ingatlah bahawa nabi sendiri apabila ketawa paling kuat pun hanya nampak gusi sahaja tanpa suara. Yang ketiga apabila terlalu takut kepada makhluk menyebabkan kita mudah dihasut dan melanggar batasan agama. Ingatlah bahawa jika kita takutkan Allah maka manusia akan menghormati kita tetapi jika kita tidak takut kepada Allah maka kita akan takut kepada makhlukNya. Yang keempat ialah apabila kuatnya nafsu sehingga sukar untuk mengawalnya terutama jika terlalu kenyang yang menyebabkan kita melupakan larangan agama. Ingatlah jika kita mampu menguasai nafsu maka kita akan mulia tetapi jika kita menjadi hamba kepada nafsu maka diri kita akan menjadi hina....Tepuklah dada tanyalah amalan dan iman kita.... "

Read More »»

Mukjizatnya Azan

Posted by princecrackerModernist | 7:49 PM | , ,

"Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya."

Read More »»

PENGGUNAAN " MASYAALLAH " DLM PERCAKAPAN SEHARIAN.

Posted by princecrackerModernist | 7:49 PM | ,

sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan
movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah"
dalam situasi yang silap. bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, ***a in this case, pahala yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in his/her life.
Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok , contoh ketika terlihat gambar2censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY
atau ALLAH YANG MAHA AGUNG .

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat Bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg
tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah
"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah)
ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang
salah dari saya.

Wallahulam.

Read More »»

Tahajjud Dari Perspektif Perubatan

Posted by princecrackerModernist | 7:38 PM | , ,

Ini antara yang perlu kita praktiskan utk menghadapi pelbagai masalah,
ujian dan cubaan dunia akhir zaman ini.Mampu memberi kekuatan dalaman,roh & jiwa. Sesungguhnya ada satu ketika diwaktu malam itu ,waktu yang sgt mustajab doa & hajat.

Memang susah nak buat . Tapi kalau Mahu Seribu Daya.
Wallahua'lam bissawab.

Solat Tahajjud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat Tahajjud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah salallahualaihi wasallam dan para Sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat Tahajjud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi salallahualaihi wasalam mengenai perkara ini.

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara 6 hingga 8 jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama 3 jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.

Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja.

Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam 3 jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan terasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun.

Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah salallahualaihi wasallam telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur.

5. Kurangkan masa tidur dari 8 jam sehari kepada 7 jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada 6 jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada 5 jam sehingga kita boleh tidur untuk masa 3 jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam al Quran yang bermaksud: "รข€¦ Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah
( Surah az Zariat ayat 15-18 )
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab: "The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep"
Maksudnya: Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur. "The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night"-Longfellow Maksudnya: Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat Tahajjud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat Tahajjud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat Tahajjud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang pinggul. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya diatas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat Tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Read More »»

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

Posted by princecrackerModernist | 3:31 AM | , ,

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan
yg sedang berkepit.Tetiba si lelaki terperanjat dan
terus melompat dan berkata
"hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.
Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku,
boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa?
Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan
yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing,malah tak boleh suci sekalipun
di samak. -anjing pon pandai,mesti minum susu DUMEX."

Read More »»

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?

Posted by princecrackerModernist | 3:29 AM | , , ,

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga"

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga."

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga"

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga"

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir"

Read More »»

Waktu Yang Diharamkan Bersolat

Posted by princecrackerModernist | 3:23 AM | ,

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit.
ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/ rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat

Read More »»

Sudah bersedia untuk berkahwin???

Posted by princecrackerModernist | 2:55 AM | , ,

"Pada suatu masa yang ditetapkan...
kita pasti dirisik....
pertunangan sejak azali...
di hujung hidup nanti...
berlangsung perkahwinanmu dengan maut..
hantarannya...sakit dan nazak...
tamu bertandang menghadiahkan esak tangis...
pengantin dimandikan..
dipakaikan baju cantik putih...
wangian gaharu dan cendana...
keranda jadi pelamin..
pengantin bersanding bersendirian...
diarak keliling kampung...
berkompangkan azan dan kalimah kudus...
akad nikahnya bacaan talkin...
berwalikan liang lahad...
saksi pula nisan-nisan...
siraman air mawar...
keluarga terdekat menepung mawar...

Tiba masa pengantin...
menunggu sendirian...
malam pertama bersama KEKASIH...
di kamar bertilamkan tanah...
dan dia menuntut janji...
sucikah kita tatkala berpadu...
pernahkah taubat sepanjang hayat...
atau terkubur bersama dosa-dosa...
dan dia KEKASIH itu...
menetapkanmu ke syurga...
atau melemparkan dirimu ke neraka...

* jadi perkahwinan yang mana kamu nantikan???fikirkanlah...."

Read More »»

Mimpi Seorang Gadis

Posted by princecrackerModernist | 5:57 AM | , ,


Bismillahirrahmanirrahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.



"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.
Tima Kasih...

Read More »»

Penawar di kala kepenatan

Posted by princecrackerModernist | 5:42 AM | , ,

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja,

bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar

Read More »»

aurat wanita

Posted by princecrackerModernist | 10:29 PM | , ,

(AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI)

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, "Rasullulah mmelaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuaan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An- Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian - "Siapa sahaja wanita yang memaakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi - "Rasullulah melaknat perempuann yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan - "Asma Binte Abu Bakar telah meenemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan - "Sesungguhnya kepala yang dituusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata - "Dan katakanlah kepada perempuuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuann itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan - "Dan katakanlah kepada perempuuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian - "Barangsiapa memakai pakaian yyang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut - "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Read More »»

Contact Modernity

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nuffnang