Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan
ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah
aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan
sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada
segala dosa."
Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada
kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu
dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"
Hari Ketiga
Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta
jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku
daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan
Maha Pemurah daripada segala dermawan.
Hari Keempat
Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.
Hari Kelima
Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya?
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.
Hari Keenam
Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.
Hari Ketujuh
Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.
Hari Kelapan
Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak
yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.
Hari Kesembilan
Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju
keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang
merindu.
Hari Kesepuluh
Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan
aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di
kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju
orang yang memohon.
Hari Kesebelas
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu
wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.
Hari Kedua Belas
Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri
ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan
keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang
aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.
Hari Ketiga Belas
Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah
kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan
kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan
Mu wahai pengharap orang yang miskin.
Hari Keempat Belas
Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan
diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan
kaum Muslimin.
Hari Kelima Belas
Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang
khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.
Hari Keenam Belas
Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan
seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang
melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam
akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.
Hari Ketujuh Belas
Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta
cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa
ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam
hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan
keluarga baginda yang suci.?
Hari Kelapan Belas
Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku
secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang
bijak.
Hari Kesembilan Belas
Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku
menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman
kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.
Hari Kedua Puluh
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku
pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat
suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.
Hari Kedua Puluh Satu
Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal
dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.
Hari Kedua Puluh Dua
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku
keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang
mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas,
wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.
Hari Kedua Puluh Tiga
Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku
daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun
kesalahan orang yang berdosa.
Hari Kedua Puluh Empat
Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan
Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan
kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu
serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang
meminta.
Hari Kedua Puluh Lima
Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya? Mu dan memusuhi
musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para
Nabi.
Hari Kedua Puluh Enam
Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri,
dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan
yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan
Maha Mendengar daripada semua pendengar.
Hari Kedua Puluh Tujuh
Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan
hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh.
Hari Kedua Puluh Lapan
Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku
dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan
oleh permintaan orang meminta.
Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk
serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih
kepada hamba yang beriman.
Hari Ketiga Puluh
Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima
oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya
yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan
keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.
Advertise here
doa ramadhan dr hari pertama hingga hari ke 30
Posted by princecrackerModernist | 8:03 PM | agama, doa, ramadhanBahan
- 100g minyak masak
- 1/2 gelas air
- 250 batang keladi, dibersih dan dipotong
- 5g asam keping
- 10g daun kesum
- Garam secukup rasa
Bahan kisar:
- 10g lengkuas
- 50g cili kering
- 100g bawang kecil
- 30g bawang putih
- 10g halia
- 10g kunyit hidup
Cara membuat:
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan air, kecilkan api. Kemudian masukkan batang keladi bersama asam keping dan daun kesum. Didihkan dan kacau sekali sekala.
- Apabila masak, masukkan garam secukup rasa, kacau. Angkat daripada api dan hidangkan.
Read More »»
resipi hari ini!!!
Bahan:
Bahan kisar halus:
Cara membuat:
1. Bersihkan ayam dan dipotong empat.
2. Kisar bawang kecil, bawang putih, halia, serai dan cili kering sehingga halus.
3. Campurkan serbuk kunyit dan air sehingga sebati.
4. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan air ke dalam mangkuk besar serta pati santan dan gaul sehingga
sebati.
5. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.
6. Perap di dalam peti ais semalaman.
7. Ayam boleh dipanggang atau
resipi hari ini!!!
Bahan:
- 1kg udang harimau
- 100g bawang besar, dipotong bulat
- 200g cili merah
- 50g bawang kecil
- 2 biji tomato
- 3 camca besar minyak masak
- Garam secukup rasa
- 200g terung belanda
Cara membuatnya:
Read More »»
Bahan:
Bahan kisar:
Cara membuat:
1. Sebelum itu, udang hendaklah digaul dengan garam dan kunyit hidup.
2. Panaskan setengah liter minyak di dalam kuali.
3. Apabila minyak panas, goreng udang. Setelah udang masak angkat dan sejat.
4 Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan.
5. Kemudian campurkan udang bersama bahan tumis.
6. Gaul sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa. Pastikan kuahnya sedikit kering.
Pemakaian kanta lekap semasa berpuasa....
Posted by wanjModernist | 11:34 AM | info, kanta lekap, puasa, ramadhanTidak batal kerana tiga alasan (illat):
- tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg dharuri
- niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga)
- ia bukanlah jalan yg tabi'iy (normal) bagi kemasukan cecair itu.
Read More »»
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.
Air mani terkeluar di waktu pagi....
Posted by wanjModernist | 11:22 AM | air mani, info, puasa, ramadhan Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.
sedang bersahur, tiba-tiba kedengaran azan
Posted by wanjModernist | 11:21 AM | imsak, puasa, ramadhanTerdapat dua hadis: HR Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis
versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja.
Penjelasan: Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari.
Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama' menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit buffer sebelum azan subuh).
fikir-fikirkanlah........
Tidur seketika pada siang hari umpama cas semula bateri
Posted by wanjModernist | 11:02 AM | puasa, ramadhan, tidurTIDUR seketika pada siang hari atau qailulah adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.
Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika pada siang hari supaya pada malam harinya boleh bangun mendirikan solat tahajud. Oleh itu, tidur siang su dah menjadi kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.
Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari.
Waktu tidur siang adalah selepas solat Zohor hingga Asar selama beberapa minit iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika bertujuan untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah.
Jika tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?
Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu ketika kebanyakan orang tidur siang.
Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.”
Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.
Sahabat Rasulullah SAW menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah.
Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas tetapi pencetus semangat supaya memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa.
Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.
Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.
Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain.
Persiapan sambut Lailatul Qadar....
Posted by wanjModernist | 10:59 AM | lailatul qadar, puasa, ramadhanAMALAN Rasulullah SAW dan sahabat pada malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu.
Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”
Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”
Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Baginda untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam al-Qadar.
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”